Menurut Agensi Berita Xinhua China, menarik pelabur strategik dari luar negara telah menjadi salah satu bentuk utama dasar pintu terbuka China terhadap dunia luar dalam sektor perbankan baru-baru ini. Setakat akhir Oktober tahun ini, terdapat 16 bank China yang telah menarik pelabur strategik dari luar negara berdasarkan prinsip perniagaan.
Berdasarkan data terkini yang disediakan oleh Jawatankuasa Penyeliaan dan Kawalan Sektor Perbankan China hari ini, kerjasama saham antara bank China dan bank asing telah mencapai kejayaan penting baru-baru ini. Bank milik negara yang sedang mengadakan pembaharuan juga masing-masing menarik pelabur strategik dari luar negara.
Pihak Jawatankuasa Penyeliaan dan Kawalan Sekotr Perbankan China berpendapat, menarik pelabur dari luar negara memainkan peranan penggalak bagi pembaharuan dan penciptaan sistem perbankan dana China. Melalui tindakan tersebut, China dapat mewujudkan pelbagai macam sistem saham.
Hasil pertama selepas tindakan tersebut dilaksanakan menunjukkan, tindakan itu merupakan salah satu pengaturan yang menguntungkan kedua-dua pihak. Bank China bertujuan mengimport teknologi dari luar negara dalam proses pembaharuan itu. Pada masa ini, pelabur strategik tersebut meliputi pertubuhan kewangan antarabangsa dan beberapa bank terkenal di masyarakat antarabangsa. Pelabur asing juga memainkan peranan positif dalam bidang memperbaiki sistem kawalan, mengimport teknologi baru dan cara pengelolaan dan menggalakkan peralihan cara pemprosesan.
Berdasarkan perjanjian berkenaan, pelabur strategik asing itu juga perlu memberi bantuan dalam pelbagai bidang, antaranya termasuk perancangan sistem, pemasaran, hubungan pelanggan, penerokaan keluaran baru dan lain-lain. Itu berfeadah bagi bank China meningkatkan daya saing.
|