Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-12-05 14:07:41    
Pertubuhan Kalangan Rakyat China dan Jepun Adakan Kerjasama Ekologi di China

Agensi Berita China
Menurut Agensi Berita China, Yayasan Penghijauan Negara China dan OISCA Jepun telah menandatangani "Memorandum tentang Hubungan Rakan Kerjasama Menyeluruh China-Jepun dalam Usaha Mengadakan Kerjasama Ekologi di China dan Pertukaran Kalangan Rakyat Kedua-dua Negara" di Beijing pada 2 Disember yang lalu.

OISCA Jepun merupakan sebuah pertubuhan kalangan rakyat di peringkat antarabangsa bagi menyediakan bantuan pertukaran kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dan teknologi pertanian serta pendidikan kepada golongan belia. Sejak tahun 2000, OISCA dan Yayasan Penghijauan Negara China telah melaksanakan pelbagai projek kerjasama seperti mengawal resapan air dan hakisan tanah di Provinsi Hubei, Kawasan Tiga Gaung Sungai Yangtze dan sebagainya. Selain itu, OISCA juga menggalakkan pelbagai perusahaan Jepun menyumbangkan modal menanam pokok di China.

Dalam memorandum tersebut dinyatakan bahawa untuk meningkatkan kerjasama dan pertukaran China-Jepun, kedua-dua pihak bersedia mewujudkan hubungan rakan kerjasama menyeluruh dalam usaha mengadakan kerjasama ekologi di China dan pertukaran kalangan rakyat kedua-dua negara; kedua-dua pihak akan berusaha mengumpul modal menerusi saluran kalangan rakyat di China dan Jepun bagi melaksanakan pelbagai projek kerjasama seperti mengawal resapan air dan hakisan tanah, mencegah tanah menjadi padang pasir, menanam pokok di China untuk melindungi ekologi di China, sekali gus mempertingkatkan pertukaran dan kerjasama teknologi menanam pokok; OISCA Jepun akan membantu Yayasan Penghijauan Negara China menubuhkan pelbagai yayasan di China untuk mengumpul modal kerjasama; kedua-dua pihak akan berusaha bersama-sama bagi meningkatkan pertukaran kalangan rakyat terutamanya pertukaran di kalangan belia antara kedua-dua negara.

Naib Menteri Jabatan Perhutanan Negara China Zhu Lieke berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, OISCA Jepun dan Yayasan Penghijauan Negara China telah menjayakan pelbagai projek kerjasama dalam bidang kawalan resapan air dan hakisan tanah, pertukaran teknologi ekologi dan sebagainya. Kini, ekologi yang semakin buruk di China telah mulai dikawal dan memasuki peringkat penting bagi menangani masalah tersebut. Maka, peningkatan kerjasama antarabangsa dalam bidang penanaman pokok merupakan peristiwa penting bagi pembangunan ekologi negara China, dan penandatanganan memorandum tersebut juga akan memainkan peranan penting bagi memperluas kerjasama pembangunan ekologi di peringkat antarabangsa.