Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-12-05 10:52:03    
Pengurusan terhadap Punca Ribut Pasir di bandar Beijing dan Tianjin

Agensi Berita Xinhua China

Ekologi alam sekitar di kawasan luar bandar Beijing dan Tianjin telah diperbaiki dengan ketara selepas pelaksanaan Projek Pengurusan Punca Ribut Pasir Beijing dan Tianjin.

Banyak pokok telah ditanam di kawasan luar bandar Beijing dan Tianjin sehingga kualiti udara di kedua-dua bandar tersebut menjadi lebih bersih. Pembangunan ekologi juga menjadikan para petani di pelbagai tempat seperti Provinsi Hebei berjaya meningkatkan pendapatan perkapita mereka.

Li Jinhai, Ketua Jabatan Pengurusan dan Pencegahan Ribut Pasir Biro Perhutanan Bandar Beijing memaklumkan, dalam tempoh 5 tahun lalu sejak pelaksanaan Projek Pengurusan Punca Ribut Pasir Beijing dan Tianjin, bencana rebut pasir telah dikurangkan berlakunya di Beijing, pada tahun 2000, rebut pasir berlaku 13 kali, pada tahun 2002, 7 kali dan pada tahun ini hanya 3 kali.

Biro Perhutanan Provinsi Hebei memaklumkan bahawa sejak projek tersebut dilaksanakan, penduduk tempatan yang menanam pokok semula di ladang pertanian mereka memperoleh subsidi kerajaan sebanyak 1.724 bilion Yuan RMB, setiap keluarga petani meningkatkan pendapatan sebanyak 1,715.4 Yuan RMB dan pendapatan bersih perkapita para petani ditingkatkan dari 1,455 Yuan RMB pada tahun 2000 ke 2,113 Yuan RMB tahun lalu.

Projek Pengurusan Punca Ribut Pasir Beijing dan Tianjin mulai dilaksanakan pada tahun 2000 melibatkan 75 buah kaunti di bandar Beijing, Bandar Tianjin, Provinsi Hebei, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan Provinsi Shanxi. Keluasan keseluruhan tanaman pokok mencapai 458 ribu kilometer persegi dan kerajaan China memperuntukkan sebanyak 55.8 bilion Yuan RMB terhadap projek itu.

Projek Pengurusan Punca Ribut Pasir Beijing dan Tianjin meliputi beberapa kawasan termasuk kawasan pengurusan hakisan tanah padang rumput kering di bahagian utara, kawasan pengurusan hakisan tanah Hunshandake, kawasan pengurusan hakisan tanah di kawasan pertanian dan penternakan dan kawasan perlindungan punca air Gunung Yan. Selain menanam pokok, projek itu juga meliputi penanaman semula pokok dan rumput di ladang pertanian, memulihara padang rumput, membina kemudahan sampingan pusat jana kuasa dan menangani masalah hakisan tanah di kawasan aliran sungai kecil. Projek itu dianggarkan akan diselesaikan sebelum tahun 2010.

Projek Pengurusan Punca Ribut Pasir Beijing dan Tianjin meliputi 6 daerah dan kaunti di Bandar Beijing termasuk Mentougou, Changping, Yanqing, Huairou, Miyun dan Pinggu. Biro Perhutanan Bandar Beijing memaklumkan bahawa berdasarkan Projek Pengurusan Punca Ribut Pasir Beijing dan Tianjin, kerajaan mengadakan pemeriksaan peringkat kaunti, peringkat provinsi dan peringkat kerajaan pusat terhadap keadaan pelaksanaan projek itu pada setiap tahun. Pada setengah tahun kedua tahun 2004, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China telah memberi mandat kepada Perusahaan Penilaian Projek Antarabangsa China untuk mengadakan penilaian tahap tengah terhadap pelaksanaan projek itu. Keputusan penilaian tersebut dengan sepenuhnya memastikan dan mengakui faedah projek itu kepada masyarakat dan ekologi alam sekitar.

Demi menjamin Projek Pengurusan Punca Ribut Pasir Beijing dan Tianjin dilaksanakan dengan lancar, kerajaan Beijing khususnya menubuhkan Jabatan Pembangunan Ekologi Alam Sekitar. Encik Lin Jinhai, Ketua Jabatan Pengurusan dan Pencegahan Ribut Pasir Biro Perhutanan Bandar Beijing memaklumkan, "baik pemimpin kerajaan pusat mahupun penduduk tempatan amat menyokong projek itu dan kami tidak menemui halangan dalam proses pelaksanaan projek itu." Berdasarkan statistik bahawa lebih 99% petani tempatan menyokong projek itu. Setakat akhir Julai 2005, Projek Pengurusan Punca Ribut Pasir Beijing dan Tianjin telah selesai menanam pokok seluas kira-kira 223.3 ribu hektar.

----AZMI