Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-12-07 11:06:35    
China-Perancis Keluarkan Kenyataan Bersama tentang Usaha Adakan Kerjasama dalam Kalang Belia

Agensi Berita China
Menurut Agensi Berita China, untuk mempertingkatkan kerjasama dalam kalangan belia, China dan Perancis telah mengeluarkan "Kenyataan Bersama tentang Usaha Mengadakan Kerjasama dalam Kalangan Belia" pada 5 Disember yang lalu.

Dalam Kenyataan Bersama itu dinyatakan bahawa golongan belia merupakan daya penggerak bagi usaha mendorong kemajuan, pembaharuan dan pembangunan sosioekonomi China dan Perancis dan mereka telah menyemarakkan hubungan persahabatan yang berkekalan antara kedua-dua negara. Pelaksanaan pertukaran dalam kalangan belia bermanfaat bagi mempertingkatkan persahabatan dan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.

Sehubungan dengan itu, pelbagai keutamaan hendaklah diberikan kepada para pelajar sekolah menengah, siswa-siswi, penyelidik, seniman dan belia daripada pelbagai sektor semasa mereka mengadakan pertukaran kebudayaan, kesenian, teknikal dan sebagainya.

Dalam bidang kesenian dan kebudayaan, kedua-dua pihak China dan Perancis telah menyatakan kesediaan mereka bagi menyokong pertukaran seniman belia, mendorong usaha memperkenalkan bahasa China dan Perancis serta memelihara warisan sejarah antara kedua-dua negara.

Untuk merealisasikan pembangunan sosioekonomi bersama China-Perancis, kedua-dua pihak bersedia menyokong golongan belia kedua-dua negara melaksanakan rancangan pembasmian kemiskinan serta pelbagai program sukarelawan antarabangsa.

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan mengambil pelbagai tindakan seperti menubuhkan Pusat Belia di China, menyokong kerajaan tempatan melaksanakan program-program kerjasama di kalangan belia.

Demi menjayakan usaha tersebut, Persatuan Belia Negara China dan Bahagian Kerjasama dan Perkembangan Kementerian Luar Perancis akan membuat kesimpulan terhadap pelbagai rancangan dan program yang telah diadakan di seluruh negara atau tempatan, di samping berusaha bersama-sama bagi meneroka program kerjasama baru antara kedua-dua negara dan juga mendorong semua badan berkenaan menyertai usaha tersebut.