Ili Tempat Penanaman Epal yang Terkenal di Xinjiang

CRI 2011-09-12 09:58:22

Daerah Autonomi Kazak Ili terletak di kawasan barat laut Xinjiang, bersempadan dengan Kazakhastan. Ibu kotanya ialah bandar Yining. Penduduk yang tinggal di daerah Ili terdiri daripada 13 etnik, dan kebanyakannya etnik Uygur dan Kazak. Cuaca di Ili amat istimewa berbanding dengan tempat lain di Xinjiang yang kebanyakannya lebih kering. Hujan sering turun di lembah sungai Ili menyebabkan cuacanya lebih lembap. Cuaca begini sesuai bagi hasil pertanian yang banyak.

Ili merupakan tempat penanaman epal yang terkenal di Xinjiang dan dikenali sebagai "kampung epal". Pokok-pokok epal liar yang jarang dijumpai di kawasan lain di China terpelihara di Ili. Bahkan ramai pakar menganggap bahawa Ili mungkin antara tempat asal tanaman pokok epal di dunia.

Kawasan Ili sesuai untuk penanaman pokok epal kerana buah epalnya cantik, rasanya manis dan masam sedikit serta boleh disimpan dalam jangka masa yang lama. Terdapat pelbagai jenis epal yang dihasilkan di Ili antaranya epal hitam, yang kulitnya berwarna anggur tua selepas matang; epal the yang kulitnya berwarna seperti air teh; epal susu yang kulit dan isinya berwarna putih seperti susu; epal kentang yang ketika matang, kulitnya akan terbuka dan warna isinya seakan-akan kentang. Selain itu, epal isi merah amat cantik dipandang kerana pohon ranting, bunga, isinya dan siaranya yang berwarna merah tua.


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China