|
||
Selain buah-buahan, padang rumput Ili terkenal dengan tiga destinasi peninggalan sejarah, iaitu tanah perkuburan padang rumput, lukisan batu dan patung batu manusia padang rumput.

Di padang rumput Ili yang subur, terdapat banyak patung batu manusia. Sejak beratus-ratus tahun yang lalu, patung batu yang dikenali sebagai "patung batu manusia di padang rumput" wujud di sana. Setiap patung itu diukir daripada seketul batu yang besar. Patung itu diukir dengan bentuk tubuh manusia, termasuk kepala, muka dan badan dengan pakaian yang lengkap dan barang perhiasan. Ada patung hanya diukir raut muka sahaja. Menurut catatan sejarah, masyarakat Turk pernah tinggal di lembah sungai Ili dalam jangka masa yang lama. Menurut adat resam mereka, di depan kubur akan didirikan patung serupa dengan orang yang meninggal itu. Jadi, patung-patung tersebut dipercayai sebagai artifak yang ditinggalkan oleh masyarakat Turk pada zaman kuno.
