|
||
Menurut sejarah, kawasan itu merupakan sebuah tasik. Akibat perubahan cuaca dan gerakan permukaan bumi, stratum yang mengandungi pelbagai lapisan yang berwarna-warni terbentuk. Selain itu, gerakan permukaan bumi juga mengakibatkan terbentuknya lapisan arang batu yang tebal di kawasan itu. Hakisan yang berlaku dan arang batu terbakar lama-kelamaan membentuk pemandangan yang menakjubkan ini.

Tanah yang berwarna-warni di kawasan tersebut diakibatkan pelbagai jenis bahan mineral yang terkandung dalam tanah, misalnya warna merah disebabkan tanah yang kaya dengan bahan besi, manakala lapisan yang berwarna hijau dan hitam disebabkan mendapan termasuk pasir dan organisme.