Serokan Berwarna-warni

CRI 2011-09-12 09:57:39

Di Serokan Berwarna-warni terdapat sejenis pemandangan yang amat istimewa, iaitu dikenali sebagai gunung terbakar. Sebenarnya badan gunung itu bukan berwarna merah gelap, hanya batu yang meliputi gunung itu berwarna merah gelap. Dan batu yang berwarna merah gelap itu juga bukan terjadi semula jadi, tetapi disebabkan kebakaran lapisan arang batu di bawah tanah. Fenomena ini hanya dapat dijumpai di beberapa tempat di Xinjiang.

Tip:

1. Di bandar Urumqi terdapat bas ke Serokan Berwarna-warni. Pelancong juga boleh menyewa kereta untuk pergi ke sana.

2. Tiket berharga 30 yuan.

3. Menginap satu malam di sana lebih baik kerana pemandangan Serokan Berwarna-warni selalu berubah sepanjang hari. Ini amat menarik terutamanya bagi mereka yang berminat mengambil gambar.

4. Di kaunti Jimsar ada restoran halal, yang menyajikan makanan dengan harga sederhana.


1 2 3
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China