Tasik Tianchi

CRI 2011-09-12 09:58:12

Tasik Tianchi yang terkenal itu terletak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, 100 kilometer dari timur laut bandar Urumqi. Perjalanan menggunakan kereta dari Urumqi ke Tasik Tianchi mengambil masa hanya satu jam.

Kawasan Tasik Tianchi terdiri daripada empat bahagian dengan keluasan 380.69 kilometer persegi. Tasik Tianchi kelihatan seperti bulan sabit, panjangnya 3.4 kilometer dan lebarnya 0.8 hingga 1.5 kilometer, dan berkeluasan 4.9 kilometer persegi. Tasik itu dikelilingi gunung yang dihiasi pokok-pokok yang tumbuh subur. Air tasik yang jernih berpunca dari salji yang mencair dari gunung tinggi. Pada musim panas, destinasi ini dibanjiri pelancong dari pelbagai tempat di China.

Di sebelah tenggara Tasik Tianchi, terletak gunung Bogeda yang puncaknya setinggi 5445 meter dari paras laut. Salji dan ais yang melitupi puncak itu berkilap-kilap apabila kena siaran matahari.

Di gunung yang mengelilingi Tasik Tianchi, tumbuh sejenis pokok fir dari spesis Picea asperata yang silaranya seperti pagoda. Pokok ini amat cantik dan menggambarkan keistimewaan pemandangan di kawasan gunung tinggi.

1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China