|
||

Di Bandar Urumqi, perkhidmatan bas terus ke destinasi Tasik Tianchi disediakan di Taman Rakyat dan Hotel Hongshan. Perjalanan mengambil masa dua jam. Pelancong juga boleh menyewa kereta untuk Tasik Tianchi.
Di kawasan Tasik Tianchi, sajian yang paling enak adalah kambing pangpang, yang merupakan masakan terkemuka di Xinjiang. Jika saudara hanya mahu makanan ringan, bolehlah mencuba roti berintikan daging kambing. Saudara dinasihatkan agar minum teh lebih banyak selepas makan makanan yang berminyak.
Tiket ke Tasik Tianchi pada bulan April hingga Oktober berharga 100 yuan dan 40 yuan bulan November hingga bulan Mac.