|
||

Dalam perjalanannya, pemandu itu terlihat sebuah kota purba yang mempunyai tembok, jalan, rumah bahkan menara isyarat serangan. Pada mulanya, pemandu berasa itu hanya bayangan, tetapi kemudian beliau pasti kota itu memang berada di situ. Beliau segera memaklumkan penemuannya kepada kumpulannya. Semua orang pergi ke tapak kota itu. Disebabkan kekurangan air, mereka melihat sekejap sahaja dan terpaksa pulang. Selepas setahun, mereka datang semula ke tapak kota itu lagi untuk menjalankan kajian. Orang tua itu menjangka nama kota itu ialah Loulan berdasarkan kandungan buku kayu yang digali di sana. Sejak itulah, Loulan sentiasa menarik perhatian dunia. Pemandu etnik Uygur yang paling awal mendapati kota Loulan ialah Erdik, manakala orang tua itu ialah penjelajah dari Sweden, Sven Ahders Hedin.