Bandar Purba Loulan

CRI 2011-09-12 09:57:45

Sven Ahders Hedin telah banyak menggali artifak di tapak kota Loulan, termasuk duit, tekstil, bahan makanan, tembikar, 36 keping kertas dengan perkataan Cina, 120 keping buluh dan beberapa pen bulu. Barang-barang yang digali dari kota kuno yang disebut sebagai "Pompeii di padang pasir" oleh Sven itu telah menakjubkan dunia. Sejak itu, penjelajah dari pelbagai negara pergi ke sana untuk menjalankan kajian. Apa-apa yang digali oleh mereka termasuk barangan batu, barangan kayu, tembikar, tembaga, kaca dan duit melibatkan pelbagai zaman. Antara artifak yang digali di kota Loulan, yang paling berharga ialah kain Dinasti Han dan buku "Zhan Guo Ce" (Strategi Negeri-Negeri Berperang). Kain Dinasti Han buatan pada abad 1 atau 2 Masihi itu amat halus dan berwarna terang serta disulam dengan perkataan yang berharapan baik. Selain itu, kertas Dinasti Jin yang digali keluar dari sana juga lebih awal 600 tahun berbanding dengan kertas yang dikeluarkan di Eropah.

Ahli kaji purba dalam kajian terhadap mayat kering yang ditemui dalam kubur yang berhampiran kota Loulan menganggap bahawa pada 4000 tahun yang lalu, sekumpulan penggembala yang rupanya seperti orang Eropah pernah tinggal di sana. Namun, dalam 2000 tahun selepas itu, tiada sebarang catatan sejarah mengenai kawasan itu.


1 2 3 4
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China