Bandar Altay

CRI 2011-09-12 09:58:12
Bandar Altay terletak di selatan pergunungan Altay. Di sebelah timur lautnya bersempadan dengan negara Mongolia, sepanjang 96 kilometer. Bandar Altay terletak 670 kilometer dari bandar Urumqi, dengan jumlah penduduknya 185.6 ribu orang yang terdiri daripada 26 buah etnik termasuk Han, Kazak, Uygur, Hui dan Mongol.

Bandar Altay terletak di bahagian tengah Eurasia yang jauh dari laut. Di selatan bandar itu, muka bumi lebih landai, dan berhampiran padang pasir Gurpantonggute menyebabkan cuacanya amat kering pada musim panas. Angin lebih kerap bertiup pada musim sejuk dan bunga.

Bandar Altay berjiran dengan Mongolia, Kazakhastan dan Rusia. Ia mempunyai empat pintu keluar masuk iaitu Hongshanzui, Takshken, Jimunai dan Aheitubaik. Keempat-empat pintu keluar masuk itu merupakan pusat perdagangan sempadan dan pertukaran kebudayaan.

1 2 3 4
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China