|
||
Bandar Altay dikelilingi gunung. Di sekitarnya terdapat 13 buah destinasi pelancongan peringkat kebangsaan. Bandar ini terdapat 28 buah hotel yang mampu menampung 3,000 orang pelancong sehari. Pada tahun 2005, bandar Altay diberikan anugerah "Bandar Pelancongan yang Baik di China".

(Taman Hualin)
Taman ini terletak di lembah Sungai Kelan yang terletak 2 kilometer dari utara bandar Altay dengan keluasan 0.5 kilometer persegi dan dibahagikan kepada beberapa buah pulau kecil oleh Sungai Kelan. Di pulau-pulau itu tumbuh pelbagai jenis flora.