"Xinjiang dalam Lensaku": Catatan Harian untuk 17/9/2011

CRI 2011-09-19 10:27:21


Ladang Kapas
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)

Pada hari ini pengalama saya bermula dengan menaiki pesawat ke dari Urumqi ke Korla. Setibanya di Korla, kami telah dibawa ke Sungai Merak untuk membuat pengambaran.

Selepas itu kami telah dibawa ke padang pasir Taklimakan sejauh 140KM dari Korla. Dalam perjalanan ke sana kami telah berhenti untuk membuat pengambaran di sebuah ladang kapas.

Ini adalah pengalaman pertama saya berada di ladang kapas. Sepanjang perjalanan ke Taklimakan hanya kelihatan ladang kapas ini. Saya juga merasa seperti berada di Malaysia kerana petak petak tanah di sini di tanam dengan kapas yang kelihatan hampir serupa dengan jelapang padi yang ada di Malaysia. Bentuk geografinya juga seperti di Malaysia kerana terdapat tali air dan tasik tasik yang besar dan indah.

Selepas hampir tiga jam perjalanan menaiki bas kami telah tiba di Taklimakan. Pengalaman pertama saya juga berada di tengah tengah padang pasir. Keadaan di sini sungguh indah. Pengunjung pun ramai yang datang melawat di sini. Di sini juga terdapat pelbagai aktiviti untuk pelancong, antaranya menaiki unta mengelilingi padang pasir, menaiki kereta buggy dan paragliding selain melawat kampung tradisional yang terdapat di sini. 

1 2 3 4 5 6 7
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China