|
||

Padang pasir Taklimakan
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)
Selepas hampir tiga jam perjalanan menaiki bas kami telah tiba di Taklimakan. Pengalaman pertama saya juga berada di tengah tengah padang pasir. Keadaan di sini sungguh indah. Pengunjung pun ramai yang datang melawat di sini. Di sini juga terdapat pelbagai aktiviti untuk pelancong, antaranya menaiki unta mengelilingi padang pasir, menaiki kereta buggy dan paragliding selain melawat kampung tradisional yang terdapat di sini.