"Xinjiang dalam Lensaku": Catatan Harian untuk 22/9/2011

CRI 2011-09-23 10:10:37


Pembuatan pisau tradisional etnik Uygur, "pisau Yingsar"
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)

Hari ini kami masih berada di Wilayah Kashgar. Rombongan kami telah dibawa ke daerah Yingsar bagi melihat bagaimana pisau tradisional etnik Uygur "pisau Yingsar" dibuat.

Sampai di sana kami telah melihat kemahiran seorang penduduk tempatan Hosiyin Uluk mengukir pisau Yingsar dengan cantik sekali. Dia yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam pembuatan pisau ini dan mewarisi kemahiran ini dari bapanya. Pisau ini turut di jual dengan harga dari 20 Yuan hingga 1800 Yuan mengikut saiz dan keindahan ukirannya.

Selepas itu kami dibawa pula ke salah sebuah kampung juga di daerah Yingsar untuk melihat kemahiran seorang pemuda membuat tembikar.

Sebelum menamatkan aktiviti hari ini kami telah dibawa ke sebuah ladang penyelidikan agrikultur yang sedang dibina di sini.

1 2 3 4 5 6 7 8
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China