"Xinjiang dalam Lensaku": Catatan Harian untuk 25/9/2011

CRI 2011-09-27 09:27:39

Setelah Hampir dua minggu menyertai program Xinjiang di Lensaku, Program ini hampir sampai ke penghujungnya. Sungguh cepat masa berlalu.


Makam Apakh Hoja
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)

Hari ini kami telah di bawa ke Makam Apakh Hoja yang terletak 5 km dari bandar Kashgar. Makam ini dibina pada tahun 1640. Di sini kami dapat merakam keindahan kesenian yang ada pada makam ini selain melihat tamannya yang indah.

Selepas itu kami telah dibawa ke Ulak Bazar tempat di mana para petani atau penternak menjual binatang ternakan mereka. Sungguh menarik dan pengalaman pertama saya melihat pasar begini kerana ia menjual ternakan mereka yang masih hidup bukan seperti pasar di Malaysia kita hanya melihat daging-daging sahaja dijual. Antara ternakan yang dijual lembu, kambing, biri-biri, keldai malahan kucing peliharaan pun ada dijual di sini.

Selepas itu kami di bawa ke salah satu bandar purba di Kashgar yang sedang dibaik pulih oleh pihak Kerajaan China. Ini adalah inisiatif yang sangat baik kerana selain mengejar pembanggunan, pemuliharaan khazanah sejarah juga amat penting. Di sini juga kami dapat melihat beberapa buah rumah yang telah dibaik pulih dan ia kelihatan amat cantik sekali.

Selepas itu kami telah dibawa ke pasar cenderamata atau dalam bahasa Uygur "Otur asiya haribi asiya Qong bazar". Di sini dijual pelbagai cenderamata tradional etnik Uygur dan lain lain etnik yang terdapat di Xinjiang. Yang menarik lagi tidak hanya cenderamata sahaja dijual di sini malah ia tidak ubah seperti pasar kerana pelbagai barang kegunaan harian seperti rempah ratus, barangan dapur dan lain lain turut sama dijual di sini.

Selepas makan tengah hari kami terus ke Lapangan Terbang Kashgar untuk berlepas ke Urumqi dan berkumpul dengan ahli rombongan yang lain yang telah membuat liputan di utara Xinjiang sebelum pulang ke Beijing dan berlepas pulang ke negara masing masing pada 28 September.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China