|
||
![]() |
Ulak Bazar
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)
Kami telah dibawa ke Ulak Bazar tempat di mana para petani atau penternak menjual binatang ternakan mereka. Sungguh menarik dan pengalaman pertama saya melihat pasar begini kerana ia menjual ternakan mereka yang masih hidup bukan seperti pasar di Malaysia kita hanya melihat daging-daging sahaja dijual. Antara ternakan yang dijual lembu, kambing, biri-biri, keldai malahan kucing peliharaan pun ada dijual di sini.