Seterusnya perjalanan saya menuju ke Biro Perfileman dan Televisyen Xinjiang serta melawat studio yang diguna untuk mengalih suara dari bahasa Mandarin kepada pelbagai bahasa tempatan. Badan kerajaan Xinjiang ini menerbitkan hampir 1200 episod drama dalam bahasa etnik minoriti yang disiarkan di televisen tempatan dan juga saya berkesempatan dibawa melawat ke studio broadcasting berita yang secara langsung disiarkan untuk rakyat yang menetap di wilayah tersebut yang beragama Islam.
Pada sebelah petangnya pula, saya dijemput hadir untuk menerima anugerah khas pemenang pertama mengikuti pemilihan foto-foto terbaik di Xinjiang " Xinjiang dalam lens aku" yang dihadirikan oleh Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan wilayah Xinjiang. Upacara tersebut dianjurkan oleh pihak China Radio International (CRI).