Radio dalam Talian Jadual Lawatan 15 September: Rombongan tiba di Xiaman. 16 September: Rombongan melawat bandar Xiamen. 17 September: Rombongan pergi ke Quanzhou. Melawat Makam Suci Utusan Nabi Mohammad SAW. Melawat Muzium Maritim Quanzhou. 18 September: Rombongan mengunjungi korporat tempatan Jinjiang, melawat Masjid Qingjing (Qilin). 19 September: Rombongan pergi ke Xi'an. 20 September: Rombongan membuat laporan tentang pembangunan industri halal bandar Xi'an. Rombongan melawat Terracotta, Kolam Huaqing. 21 September: Rombongan melawat Masjid Besar Xi'an, Sekolah Islam Xi'an, dan Jalan Orang Islam Xi'an. 22 September: Rombongan pergi ke Beijing. 23 September: Rombongan melawat bandar raya Beijing.
| |
|
|
Untuk membantu rakyat Malaysia dan Indonesia lebih mengetahui budaya Islam di China dan kehidupan Muslim di negara ini, China Radio International (CRI) menganjurkan aktiviti Kembara Muslim di China 2012, yang disertai 8 anggota media dari Malaysia dan Indonesia, antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Al-Hijrah, Harian Nusantara, Jawa Post dan SCTV. Dari 15 hingga 23 September ini, mereka akan mengunjungi bandar-bandar Xiamen, Quanzhou, Xi'an dan Beijing.
| |
Catatan Perjalanan Radzi: Jumpa Lagi China Perasan kami agak suram, keadaan menjadi kelam. Kosong dan tiada kata-kata mampu dilafazkan. Itulah yang kami rasakan. Saat perpisahan pasti berlaku. 9 hari kami mengembara dan menjelajah ke merata destinasi yang menakjubkan di China. Kami ke bandar Xiamen, Quanzhou, Xi'an dan Beijing! Pastinya setiap bandar ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan panorama yang mempersonakan, bandar-bandar ini juga kaya dengan budaya dan sejarahnya. | Radzi: Melawat ke CRI Beijing! Ibu negara bagi tanah besar China. Manusia, bangunan dan kenderaan saling melengkapi di bandaraya ini. Masa bagaikan bergerak pantas selari dengan kemajuan bandaraya ini. Siang dan malam seakan sama, tiada bezanya. Kota ini bagaikan bernyawa setiap detik dan waktu. Itulah persepsi kami pada kota mewah ini. Ya, sememangkan kami kagum dan bangga apabila dapat menjejakkan kaki di sini. | Radzi: Mendaki Gunung Huashan Hari dan masa berlalu terlalu pantas. Hari ini sudah masuk hari ketujuh kami berada di bumi China yang indah permai. Tinggal dua hari sahaja untuk kami mengembara dan melakukan penggambaran dokumentari Galeri Nasional RTM di sini. Rasa rindu yang sangat pada teman dan keluarga di Malaysia. Tetapi rasa lebih berat untuk meninggalkan tanah besar ini. Kami sudah jatuh cinta padanya! | Farah: Yang Ingin Menawan Jadi Tertawan Hari ini kami melawat ke sebuah destinasi pelancongan di luar bandar Xi'an, iaitu sebuah gunung yang dikatakan salah satu daripada lima gunung yang paling cantik di China. Huashan namanya, dan hajat hati ini ingin menawan puncaknya. Cuaca yang bergerimis menjadikan suasana di Huashan seolah-olah cerita dongeng yang penuh misteri. Dari jauh gunungnya tidak kelihatan sama sekali, bersembunyi di sebalik kabus yang tebal. Hanya apabila tiba di kakinya, barulah batu-batu dan terjal tinggi dapat dilihat. | |
Wartawan Malaysia & Indonesia v Rukin, Jawa Pos
| v Derwin Sisuwanto, Harian Nusantara
| v Beverly Gunawan, SCTV
| v Agung Supriyanto, SCTV
| |
Wartawan CRI |