Cari:
Masjid Xiamen
2012-09-14 15:54:55 CRI Cetak

Masjid Xiamen yang terletak di tepi barat Jalan Yuping, merupakan satu-satunya masjid di bandar Xiamen. Menurut batu bersurat yang didirikan pada tahun 1902 Masihi, masjid tersebut dibina hasil sumbangan Panglima Besar Provinsi Zhejiang pada tahun 1850. Pada tahun 1862 hingga 1874 Masihi, komander pertahanan Xiamen menderma untuk meluaskan masjid itu. Pada tahun 1924, Penyelia Kastam Xiamen menggembleng umat Islam tempatan untuk membina semula masjid itu.

Pada tahun 1982, dengan sokongan kerajaan tempatan, masjid itu telah dibina semula sekali lagi dan dijadikan Pusat Aktiviti Umat Islam.

Pada tahun 1993, kerajaan Xiamen memutuskan untuk merobohkan Masjid Xiamen yang sudah usang untuk dibina semula secara menyeluruh. Projek itu selesai pada akhir tahun 2002. Bangunan masjid baharu mempunyai enam tingkat dan luasnya 2,365 meter persegi. Ia dibina dengan menyerap corak seni bina Arab. Ruang sembahyang terletak di tingkat paling atas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China