Cari:
Radzi: Jumpa Lagi China
2012-09-24 16:07:43 CRI Cetak

(oleh Radzi bin Mohd Ruslan, RTM)

Perasan kami agak suram, keadaan menjadi kelam. Kosong dan tiada kata-kata mampu dilafazkan. Itulah yang kami rasakan. Saat perpisahan pasti berlaku.

9 hari kami mengembara dan menjelajah ke merata destinasi yang menakjubkan di China. Kami ke bandar Xiamen, Quanzhou, Xi'an dan Beijing! Pastinya setiap bandar ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan panorama yang mempersonakan, bandar-bandar ini juga kaya dengan budaya dan sejarahnya.


Radzi (kiri) dan rakan kerjanya, Mohd Mustapha

Sepanjang pengembaraan, dapat kami rumuskan bahawa China adalah sebuah negara yang memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Tiada istilah rasis dan prejudis. Sesuatu yang unik juga, China sebenarnya tidak mempunyai agama rasmi! Tidak hairanlah walaupun berbeza agama, setiap etnik mahupun komuniti masyarakat China mempunyai sikap toleransi dan hormat-menghormati yang tinggi demi survival bangsa mereka.

Berbicara tentang agama Islam di China, jika diimbas dan melihat pada perjalanannya, sememangnya agama Islam sudah lama bertapak di tanah besar China. Hari ini, agama Islam telah berjaya membentuk muslimin dan muslimat China menjadi satu bangsa yang hebat dan dihormati dimata dunia!

Selain itu, negara China juga amat menjaga dan menyayangi khazanah dan artifaks sejarahnya. Contohnya, Masjid Xi'an yang sudah berusia lebih 1250 tahun, tetapi masih lagi utuh dan berada dalam keadaan sempurna. Begitu juga Muzium Patung Tanah Liat Perwira yang menjadi ikon di Xi'an dan merupakan antara keajaiban dunia. Ia telah dipulihara melalui proses konservasi oleh pakar arkeologi bagi memastikan artifaks berharga ini sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Tiada kata secantik bahasa. 9 hari merupakan satu jangkamasa yang singkat buat kami. Tidak mungkin kami dapat mengembara ke seluruh China dalam tempoh sesingkat ini. Walau bagaimanapun, kami puas dan bersyukur kerana terpilih dalam kembara kali ini, sekaligus ia merupakan satu pengalaman manis yang tidak akan kami lupakan, dan kami pasti akan menjejakkan kaki lagi ke tanah besar ini!


Farah, Radzi dan Melur

Jutaan terima kasih buat CRI (terutama kepada Encik An dan Puan Awan) kerana mengundang kami untuk melakukan penggambaran di sini, terima kasih buat pegawai-pegawai CRI yang sudi menemani kami sepanjang kembara ini (Encik Fadil yang kacak, tinggi dan kaya, Cik Melur yang seindah dan secomel namanya, Cik Farah yang baik hati, Pak Shukun yang kaya-raya , Encik Agus yang suka tersenyum, dan yang terakhir Encik Heru yang comel macam panda:) ) Tidak lupa juga pada teman-teman media dari Indonesia, Beverly, Pak Rukin, Agung dan Derwin, anda semua memang teman yang mesra dan ceria!! Tidak lupa juga teman dari TV Al-Hijrah, Encik Fadzli dan Nadzhirah, kamu berdua memang bertuah kerana dikurniakan hati yang sempurna sifatnya:) Kami bertuah kerana dapat mengenali anda semua! :) Berakhirnya catatan pengembaraan ini, tidak bermakna tamatnya persahabatan kita, kami sayang dan akan merindui kamu semua!! Zai Jian! Kita jumpa lagi di Kembara Muslim di China 2013! RTM+CRI=CINTA!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China