Berita |
|
Untuk membantu rakyat Malaysia dan Indonesia lebih mengetahui budaya Islam di China dan kehidupan Muslim di negara ini, China Radio International (CRI) menganjurkan aktiviti Kembara Muslim 2011, yang disertai 11 anggota media dari Malaysia dan Indonesia, antaranya Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Karangkraf Malaysia, Agensi Berita Antara, MetroTV, Kompas, Jakarta Post dan Radio Elshinta Indonesia. Dari 1 hingga 11 November ini, mereka akan mengunjungi bandar-bandar Kashgar, Yinchuan dan Beijing.
| |
Catatan Perjalanan Kurniawati: Masih Terasa Dekat... Walaupun sudah tiga hari kembali ke Malaysia, namun ingatan saya tetap segar mengingati tiap kenangan yang dilalui sepanjang Kembara Muslim China 2011 yang berakhir pada Jumaat lepas. Saya masih terbayangkan menu kambing yang menjadi hidangan setiap hari sepanjang di China. Walaupun agak jemu menikmatinya selama 11 hari itu, namun ia tetap menjadi sebahagian kenangan terindah di sana, terutama apabila teringat bagaimana melihat ada rakan-rakan media lain yang merasa agak tertekan hingga tidak mampu untuk menelannya lagi terutama saat-saat akhir kembara itu. | Abdul Ghani Abu: Keajaiban Dunia Kesinambungan Tamadun Kata orang tidak lengkap perjalanan ke Beijing, jika tidak mengunjungi ke dua tempat menarik dan bersejarah. Pertama, Kota Larangan, dan kedua, tembok keajaiban dunia, Tembok Besar China. Seawal lapan pagi penulis dan teman wartawan dari Malaysia dan Indonesia menikmati sarapan pagi di CRI Media Center. Masing-masing sudah teringat kampung halaman, sama ada di Jakarta atau di Bahau, Negeri Sembilan. Begitulah adatnya merantau, hati di kampung, tubuh sahaja di perantauan! | Abdul Ghani Abu: Islam Teguh Di Tengah-tengah Pemodenan Beijing Hari ini masuk hari kesembilan penulis berada di China. Terasa pantas masa berlalu, maka teringatlah penulis pada pepatah, masa itu emas. Masa terus berputar, hanya mereka yang bijak dan oportunis dapat memaksimumkan masa. Begitulah pendakwah Islam dahulu kala yang menyebarkan Islam di China, sama ada di kawasan Barat China, Timur China atau Selatan China. Para pendakwah memandang masa hadapan, mereka meninggalkan legasi sejarah yang terus memekarkan Islam sehingga kini. | Abdul Ghani Abu: 20 Yuan Harga Potong Rambut Awal pagi penulis sudah berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke Lapangan Antarabangsa Yinchuan. Destinasi seterusnya ialah pulang ke Beijing selepas enam hari berkelana di wilayah Xinjiang dan Ningxia. Paling terharu, pagi tadi kami berlepas melalui pintu orang kenamaan! Terima kasih kepada Encik Guo Changjiang, Ketua Biro Berita CRI di Ningxia, dan Encik Li Chunlei, Timbalan Ketua Bahagian Hubungan Luar Jabatan Penerangan Wilayah Autonomi Etnik Hui atas layanan mesra dan istimewa yang diberikan sepanjang berada di Yinchuan. | Abdul Ghani Abu: Suara Takbir yang Menyatukan Seawal 7.30 pagi penulis bergerak menuju Wuzhong salah satu daripada enam bandar di wilayah autonomi Ningxia. Suasana perjalanan dilitupi kabus pagi dan hujan rintik-rintik. Beberapa kali penulis mengelap cerpin bas bagi menjelaskan pandangan. Penulis teringat lagu Kembara di Tanah Gersang, nyanyian Zubir Ali. Ya benar, suasana di luar cermin tanah gersang yang meluas. Musim sejuk yang tiba menyebabkan aktiviti pertanian di luar kurang rancak. | |
|