Cari:
Ningxia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Produk Halal Di China
2011-11-07 10:00:37 CRI Cetak

Wilayah Autonomi Ningxia sedang memperkukuhkan kedudukannya sebagai Pusat Pengeluaran Produk Halal di China dan luar Negara. Menurut Pengarah Pusat Pensijilan Makanan Halal Antarabangsa China-Ningxia, Wang Shengjin, Wilayah ini juga sedang berusaha untuk mempromosikan jenama halalnya dalam peta makanan halal dunia.

Beliau memberitahu media Malaysia dan Indonesia yang sedang mengadakan lawatan di Yinchuan, sempena Program Kembara Muslim China 2011 anjuran CRI. Hari ini masuk hari kelima program berlangsung. Sebelum ini mereka melawat Kashgar.


Pengarah Pusat Pensijilan Makanan Halal Antarabangsa China-Ningxia, Wang Shengjin (kiri)

Menurut Wang Shengjin, Ningxia sudah menjalinkan beberapa Memorandum Persefahaman dengan Malaysia dalam sektor itu sejak 2008. Malah sudah ada syarikat Malaysia, Fashim yang berjaya menembusi industri halal di Ningxia. Usahasama itu juga tercetus daripada penyertaan syarikat Malaysia dalam Forum halal China-Arab Saudi yang diadakan di Ningxia setiap tahun. Manakala syarikat halal tempatan mengetengahkan produk halal di Halal Fest yang diadakan di Kuala Lumpur. Menurutnya, potensi pasaran produk dari Malaysia termasuk kopi putih, rempah ratus dan songkok. Kerjasama sebelum ini terjalin antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Wang Shengjin menambah, kerajaan china sentiasa mendorong perkembangan industri Halal di Negara ini dan telah mewujudkan dua taman Industri Halal di Yinchuan dan Wuzhong. Terdapat 100 syarikat yang sedang beroperasi sekarang. Kerajaan China juga menyuntik peruntukan melebihi RMB 50 juta untuk mengembangkan lagi industri halal di Ningxia.

Tegasnya, pengeluaran sijil halal dari agensi ini melalui proses dan prosedur yang ketat bagi menjamin ketulenan produk halal. Daripada 50 permohonan yang diterima sejak tahun 2008, hanya 42 yang diberi pengiktirafan halal. Tambahnya lagi, permohonan untuk mendapat sijil halal turut dipohon daripada provinsi berdekatan, Gansu walaupun ia tidak di bawah pentadbiran kerajaan tempatan. Ningxia kini mempunyai 10 ribu syarikat yang diiktirafkan Halal termasuk restoran dengan nilainya melebihi RMB10 bilion setahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China