Cari:
Abdul Ghani Abu: Suara Takbir yang Menyatukan
2011-11-08 11:00:18 CRI Cetak

Wuzhong – Seawal 7.30 pagi penulis bergerak menuju Wuzhong salah satu daripada enam bandar di wilayah autonomi Ningxia. Suasana perjalanan dilitupi kabus pagi dan hujan rintik-rintik. Beberapa kali penulis mengelap cerpin bas bagi menjelaskan pandangan. Penulis teringat lagu Kembara di Tanah Gersang, nyanyian Zubir Ali. Ya benar, suasana di luar cermin tanah gersang yang meluas. Musim sejuk yang tiba menyebabkan aktiviti pertanian di luar kurang rancak.

Sepanjang perjalanan dari Yinchuan ke Wuzhong yang mengambil masa hampir satu jam terus mengkhayalkan penulis menggambarkan suasana silam, laluan sutera. Kegigihan pedagang yang mengembara dari Timur Tengah membawa barang dagang dan dalam masa yang sama berdakwah membawa sinar Islam kepada penduduk tempatan.


Lembu untuk korban di Masjid Wuzhong

Pukul 8.30 pagi, penulis dan rombongan tiba di masjid kecil Wuzhong. Di sekitar masjid kelihatan beberapa ekor lembu yang akan dikorbankan, kelihatan penduduk tempatan sudah mulai memenuhi ruang masjid. Rombongan penulis ditemukan dengan imam satu masjid di bilik mesyuarat. Sebaik diperkenalkan dengan barisan kepimpinan masjid, imam mengetuai perbarisan bersama-sama jawatankuasa masjid menuju ruang utama masjid.


Jemaah khusyuk mendengar khutbah raya Qorban

Yang mengejutkan penulis ialah mereka membawa bersama-sama colok yang dibakar. Ya, agama dan adat ialah dua perkara berbeza, selagi adat tidak melanggar agama, maka adat diteruskan. Bak kata pepatah, hidup bersendikan adat, adat bersendikan agama. Sebaik sampai di dewan solat, bilal terus mengetuai bacaan takbir. Agak pelik bunyinya berbanding dengan di Malaysia. Namun, walau berbeza sekalipun namun takbir adalah zikir memuji Allah SWT untuk mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa juga bahasa yang diucapkan. Muslim diseluruh dunia disatukan dengan iman kepada Allah SWT.


Seorang jemaah duduk berzikir selepas solat sunat Aidiladha

Pasti, negara berbeza amalan ibadah juga berbeza, mengikut cara masing-masing, tetapi tujuan sama untuk memperoleh pahala daripada Allah SWT. Di Guzhong, solat Aidiladha dimulakan dengan khutbah, kemudian solat sunat dua rakaat, kemudian solat, kemudian bacaan zikir yang diketuai imam, kemudian solat sunat empat rakaat dan kemudian baharu bersurai. Lenggok dan lagu bacaan al-Quran pasti berbeza. Penuh teliti penulis mendengar dan menghayatinya. Rasa sebak di dada, begitu umat Islam di seluruh dunia di mana-mana ceruk rantau disatukan dengan al-Quran.


Penulis dan remaja Wuzhong di luar masjid

1 2 3 4 5
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China