Cari:
Abdul Ghani Abu: Suara Takbir yang Menyatukan
2011-11-08 11:00:18 CRI Cetak

Aktiviti seterusnya ialah lawatan ke dua buah perusahaan indsustri halal di Wuzhong. Pertama kami mengunjungi Wuzhong Watini Naionality Clothing. Perusahaan ini dimiliki oleh Yang Faxian, 63 tahun, atau nama Islamnya, Ishak. Beliau mula membuka perusahaan yang mengeluarkan pakaian muslim bagi lelaki dan wanita ini pada 1998. Mula beroperasi di kawasan industri ini pada 2006. Beliau membuka perniagaan ini atas kesedaran sebagai Muslim beliau bertanggungjawab mengeluarkan pakaian untuk masyarakat Muslim seperti yang disyariatkan oleh Allah SWT. Di sini, beliau mempunyai enam orang pereka, dan dibantu oleh 60 orang pekerja tetap. Pada musim perayaan dan semasa peningkatan permintaan pakaian, jumlah pekerjanya mencecah 90 orang. Lebih 85 peratus pekerjanya adalah Muslim.


Di Syarikat Watini, Ishak (kanan) dan Maryam (di tengah-tengah)

Nama "Watini" diambil sempena nama surah al-Tin dalam al-Quran. Sehingga November, hasil keluaran perusahaan ini ialah 8 juta Yuan, asetnya juga bernilai 8 juta Yuan. Jumlah eksport ke Timur Tengah dari awal tahun hingga November tahun ini berjumlah 700,000 Yuan.

Sumber bahan mentah diperoleh dari wilayah negara China, seperti Guangzhou, Zhejiang dan Hebei. Perusahaan ini mempunyai pesaing dari wilayah Zhejiang dan Yiwu. Namun, Ishak yakin produknya amat berdaya saing kerana dihasilkan di wilayah autonomi Islam Etnik Hui. Pada masa hadapan Ishak mensasarkan untuk mengukuhkan jalinan hubungan dengan negara Arab dan menarik mereka datang ke Ningxia untuk melihat sendiri perusahaan yang dihasilkan.

Syarikat Watini telah dua kali menyertai forum dan pameran produk halal di Kuala Lumpur. Menurut, salah seorang pereka syarikat ini, Li Gou Xia, atau nama Islamnya (Maryam), orang Malaysia menggemari pakaian yang berwarna terang, manakala orang Ningxia menyukai pakaian berwarna gelap dan tidak bercorak.

Seterusnya, penulis dan rombongan ke kilang bulu Ningxia Wuzhong Jingyi Fur Products. Penulis hanya melihat pelbagai jenis pakaian dan perhiasan berasaskan bulu di bilik pameran. Bahagian pemprosesan ditutup kerana hari ini merupakan cuti umum di Ningxia.


Penulis bersama-sama pengurusan Ningxia Wuzhng Jingyi Fur Products (paling kanan dan paling kiri)

Menurut Ma Li To, pembantu Pengurus Besar syarikat ini, terdapat tiga kilang yang menghasilkan produk berasaskan bulu di Ningxia. Kilang ini mula dibuka pada 2011 dan dimiliki sepenuhnya oleh orang Muslim. Syarikat ini mengeksport produknya ke negara Eropah, seperti Itali, Amerika Syarikat, Denmark dan Rusia. Di sini, terdapat 80 orang pekerja yang 60 peratus terdiri daripada Muslim. Syarikat ini menggunakan bulu biri-biri Tibet (Tanyang), bulu lembu, bulu arnab dan bulu musang untuk menghasilkan produknya.

Penulis menitipkan kata-kata Puspa dari CRI. Katanya orang datang ke Ningxia mencari dan membeli lima jenis barangan, iaitu bulu biri-biri, buah Gouqi, licorice root, batu Kunlun dan arang batu. Wah, sungguh semula jadi sumber ekonomi di Ningxia.

1 2 3 4 5
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China