Cari:
Abdul Ghani Abu: Suara Takbir yang Menyatukan
2011-11-08 11:00:18 CRI Cetak

Apabila berjumpa rakan senegara di negara orang, rasa gembira tidak terkata! Begitu juga dengan rombongan penulis apabila ditemukan dengan Dr. Lim Yor Hana, Pengarah Urusan Ningxia FAHIM, yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.


Penulis dengan Dr. Lim

FAHIM merupakan anak syarikat Dewina, pembekal barang sejuk beku Brahim yang terkenal di Malaysia. Syarikat FAHIM bekerjasama dengan syarikat kerajaan Ningxia, Ningxia Agricultural Comprhensive Investment Company membangunkan industri halal pembekalan daging kambing. Menurut Dr. Lim, Ningxia mempunyai kelebihan membangunkan produk halal kerana penduduknya majoriti Muslim, dan alam semula jadi Ningxia tidak tercemar oleh pembangunan industri seperti wilayah-wilayah lain di China. Oleh sebab itu, industri pertanian halal amat berpotensi untuk dibangunkan, ditambah pula aliran Sungai Kuning, yang telah 400 tahun memberikan limpahan rahmat kepada penduduk Ningxia.

Syarikat FAHIM sedang membangunkan projek halal pembekalan daging kambing, dan industri nilai tambah seperti sos. Pada masa ini syarikat FAHIM sedang membina ladang kambing seluas 80 ekar yang boleh menempatkan 15 000 ekor di Yanchi, kira-kira dua jam perjalanan dari Yinchuan. Penghujung tahun hadapan, syarikat FAHIM akan membangunkan pula pusat sembelihan halal yang mengikut piawaian standard antarabangsa yang boleh menyembelih sehingga sejuta ekor kambing. Syarikat FAHIM membuat pelaburan sebanyak 100 hingga 120 juta Yuan untuk tujuan ini.

Dalam membangunkan ladang ini, syarikat FAHIM mengambil berat tentang status halal daripada pelbagai aspek, seperti bekalan makanan bijiran, rumput, dan persekitaran ladang. Selain itu, syarikat FAHIM dengan bantuan kawasan ladang dari kerajaan Ningxia akan membangunkan kawasan 800 ekar sebagai kawasan sumber rumput kambing.

Bukan sahaja industri kambing halal, syarikat FAHIM turut bekerjasama dengan syarikat tempatan, Pinglo, membangunkan industri nilai tambah, sos, bagi keperluan tempatan. Sebanyak 6 juta Yuan diperuntukkan untuk projek ini.

Apabila ditanya tentang produk dari Malaysia yang mempunyai potensi pasaran di Ningxia, Dr. Lim menyatakan produk kosmetik, kopi dan durian mendapat perhatian penduduk di sini. Pasaran timbal balas yang mendapat perhatian pasaran di Malaysia ialah buah Gouqi, yang terbukti antioksida oleh saintis.

Bercakap tentang masa hadapan pembangunan produk halal di Ningxia, Dr. Lim menjelaskan, kerajaan China sekarang sedang dalam usaha membangunkan kawasan baharu Daerah Perniagaan Utama (CBD – Central Business District), iaitu 15 kilometer dari kawasan CBD yang sedia ada. Di CDB ini akan dibuka pejabat kaunselor negara Timur Tengah, perbankan Islam dan kemudahan bertaraf antarabangsa yang lain.

Antara cabaran yang ditempuhi syarikat FAHIM setakat ini beroperasi di Ningxia ialah faktor perbezaan cuaca; perbezaan kepentingan syarikat dengan kepentingan pentadbir Ningxia, iaitu antara faktor kos dan keuntungan dengan faktor pembangunan ekonomi tempatan; dan perbezaan peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan China yang berbeza dengan budaya di Malaysia. Namun, halangan tersebut tidak membantutkan usaha syarikat FAHIM melabur dalam industri halal di Ningxia.

1 2 3 4 5
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China