Hari ini kesemua 30 juta umat Islam di seluruh China menyambut Hari Raya AdilAdha. Disebalik keadaan ekonomi dunia yang suram, sambutannya di China tetap meriah walaupun sederhana.
Di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia pula, seramai 2.25 jutaumat Islam turut meraikan hari yang penuh bermakna ini. Dianggarkan 7 juta ekor kambing akan dikorbankan sebagai menunaikan ibadah korban yang menjadi sebahagian daripada tuntutan Agama Islam dalam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim.
Hujan yang turun di Bandar Yinchuan tidak menghalang umat Islam di sini keluar menunaikan solat sunat AidilAdha di masjid-masjid. Ditambah pula cuti panjang termasuk hujung minggu, kemeriahan sambutan dapat dirasai. Umat Islam dari etnik Hui mewakili 36 peratus daripada keseluruhan 6.3 juta penduduk di seluruh Ningxia.
Menurut Timbalan Ketua Majlis Hal Ehwal Etnik Hui Ningxia, Li Wenming, kerajaan tempatan mengisytiharkan cuti dua hari sempena Hari Raya AidilAdha. Malah kali ini mereka bercuti panjang selama 4 hari berturut-turut berikutan cuti hujung minggu.
Hari raya AidilAdha di sini disambut meriah dengan setiap keluarga mengorbankan sekurang-kurangnya 3 ekor kambing yang akan disedekahkan kepada golongan miskin.
Beliaumemberitahudelegasiwartawan Malaysia dan Indonesia, seramai 11 orang yang menyertai Program Kembara Muslim China 2011 yang berpeluangmeraikanhariraya di Yinchuan, ibukota Ningxia.
Menurut Li Wenming, dasar terbuka yang memberi kebebasan beragama kepada masyarakat Islam di sini membolehkan mereka meraikan Hari Raya Korban dengan aman dan damai. Malah hubungan baik dengan masyarakat majoriti dari etnik Han membolehkan mereka bersama-sama menyambut hari yang begitu bermakna ini.Tegasnya, Sifat saling menghormati dan semangat perpaduan kekal utuh antara kesemua 35 etnik yang ada di Ningxia.
Li Wenming berharap para delegasi media dari kedua-dua Negara itu dapat melihat sendiri dari kaca mata mereka mengenai suasana dan keadaan sebenar keharmonian masyarakat di Ningxia lebih-lebih lagi dalam suasana sambutan Hari Raya Korban.