Cari:
• Kurniawati: Masih Terasa Dekat... 2011-11-15
Walaupun sudah tiga hari kembali ke Malaysia, namun ingatan saya tetap segar mengingati tiap kenangan yang dilalui sepanjang Kembara Muslim China 2011 yang berakhir pada Jumaat lepas.
Saya masih terbayangkan menu kambing yang menjadi hidangan setiap hari sepanjang di China. Walaupun agak jemu menikmatinya selama 11 hari itu, namun ia tetap menjadi sebahagian kenangan terindah di sana, terutama apabila teringat bagaimana melihat ada rakan-rakan media lain yang merasa agak tertekan hingga tidak mampu untuk menelannya lagi terutama saat-saat akhir kembara itu.
• Abdul Ghani Abu: Keajaiban Dunia Kesinambungan Tamadun 2011-11-11
Kata orang tidak lengkap perjalanan ke Beijing, jika tidak mengunjungi ke dua tempat menarik dan bersejarah. Pertama, Kota Larangan, dan kedua, tembok keajaiban dunia, Tembok Besar China. Seawal lapan pagi penulis dan teman wartawan dari Malaysia dan Indonesia menikmati sarapan pagi di CRI Media Center. Masing-masing sudah teringat kampung halaman, sama ada di Jakarta atau di Bahau, Negeri Sembilan. Begitulah adatnya merantau, hati di kampung, tubuh sahaja di perantauan!
• Abdul Ghani Abu: Islam Teguh Di Tengah-tengah Pemodenan Beijing 2011-11-10
Hari ini masuk hari kesembilan penulis berada di China. Terasa pantas masa berlalu, maka teringatlah penulis pada pepatah, masa itu emas. Masa terus berputar, hanya mereka yang bijak dan oportunis dapat memaksimumkan masa. Begitulah pendakwah Islam dahulu kala yang menyebarkan Islam di China, sama ada di kawasan Barat China, Timur China atau Selatan China. Para pendakwah memandang masa hadapan, mereka meninggalkan legasi sejarah yang terus memekarkan Islam sehingga kini.
• Abdul Ghani Abu: 20 Yuan Harga Potong Rambut 2011-11-09
Awal pagi penulis sudah berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke Lapangan Antarabangsa Yinchuan. Destinasi seterusnya ialah pulang ke Beijing selepas enam hari berkelana di wilayah Xinjiang dan Ningxia. Paling terharu, pagi tadi kami berlepas melalui pintu orang kenamaan! Terima kasih kepada Encik Guo Changjiang, Ketua Biro Berita CRI di Ningxia, dan Encik Li Chunlei, Timbalan Ketua Bahagian Hubungan Luar Jabatan Penerangan Wilayah Autonomi Etnik Hui atas layanan mesra dan istimewa yang diberikan sepanjang berada di Yinchuan.
• Abdul Ghani Abu: Suara Takbir yang Menyatukan 2011-11-08
Seawal 7.30 pagi penulis bergerak menuju Wuzhong salah satu daripada enam bandar di wilayah autonomi Ningxia. Suasana perjalanan dilitupi kabus pagi dan hujan rintik-rintik. Beberapa kali penulis mengelap cerpin bas bagi menjelaskan pandangan. Penulis teringat lagu Kembara di Tanah Gersang, nyanyian Zubir Ali. Ya benar, suasana di luar cermin tanah gersang yang meluas. Musim sejuk yang tiba menyebabkan aktiviti pertanian di luar kurang rancak.
• Kurniawati: Indahnya Beraya di Perantauan 2011-11-08
Sejak malam tadi saya memikirkan bagaimanakah suasana hari raya aidiladha yang akan dilalui bersama temab-teman kembara Muslim China 2011 di Ningxia. Adakah suasanaya semeriah di Malaysia? kerana ia merupakan pengalaman pertama saya berhari raya i perantauan jauh dari keluarga. Pepatah melayu ada menyebut "Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum" dan saya cuba mengaplikasikan pepatah iu dengan suasana raya dengan masyarakat di sini untuk bersama-sama masyarakat etnik Hui merayakannya.
• Kurniawati: Al-Quran Sebesar Ibu Jari Tarikan ke Pusat Kebudayaan Masyarakat Etnik Hui 2011-11-08
Al-Quran sebesar ibu jari? Mungkin ada yang sukar mempercayainya dan ada yang ragu-ragu dan mempersoalkan tidak mungkin ada yang boleh menghasilkan Al-Quran sekecil itu.
Namun ia itulah tarikan yang boleh dilihat kerana Al-Quran terkecil di dunia itu ada dipamerkan di muzium, Taman Kebudayaan Islam etnik Hui yang terletak tidak jauh dari bandar Yinchuan, ibukota wilayah Autonomi etnik Hui, Ningxia.
• Noriani: Adat Dijunjung, Agama Menyatukan 2011-11-08
Hari ini mendapat keluarga angkat di LitongShu, Pekan baharu Shangqiao dalam Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Hubungan Silaturahim dirapatkan melalui ukhwah dengan Hj Ma Hanim dan isteri Qiang Yuxia yang telah sudi menjemput saya dan para wartawan Kembara Muslim di China menyambut Aidil Adha di rumahnya. Ternyata Hj Ma Hanim ini bukan sebarangan orang. Rumah pula melambangkan kedudukannya dalam masyarakat.
• Abdul Ghani Abu: Hang Tuah bertemu Laksamana Cheng Ho di Yinchuan 2011-11-07
Wilayah Ningxia berkeluasan 664,000 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk 6.3 juta orang. Etnik Hui yang mendiami wilayah ini ialah sebanyak 2.2 juta orang atau 36 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk Ningxia. Pertumbuhan ekonomi Ningxia amat memberangsangkan, iaitu 13 peratus setiap tahun. Pada tahun lalu Keluaran Negara Kasar mencatatkan pendapatan sebanyak 160 bilion Yuan.
• Abdul Ghani Abu: Unta Kecil yang Comel 2011-11-07
Setelah tiga hari berkelana di Kashgar, hari ini Kembara Muslim 2011 diteruskan ke wilayah autonomi Ningxia. Penulis perlu menaiki dua kali penerbangan, pertama dari Kashgar ke Urumqi, kemudian Urumqi ke Yinchuan. Di lapangan terbang Kashi, penulis berjalan-jalan di kedai buku, ternampak pula unta kecil! Sangat comel dan cantik.
• Noriani: Air mata di Kashgar....Erti sebuah pengorbanan 2011-11-07
Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia dan Indonesia menyambut Hari RayaAidil Adha. Bagi masyarakat Islam di China, sambutannya pada 7 November.. AidilAdha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas dalam bulan Zulhijjah setiap tahun.
• Noriani : Kisah beg dan kopi di Kashgar... 2011-11-07
Pagi tadi mula mengemas beg nak berangkat ke Yinchuan pula selepas ni. Menyesal bawa beg kecil. Barang yang dibeli di Bazaar Kashgar dah tidak muat untuk dimasukkan dalam beg. Terkilan kerana bazaar yang mempunyai 9 ribu gerai tu cuma diberi masa sejam untuk membeli-belah. Bagi wanita yang sifat semula jadinya suka ber'shopping', itu merupakan cabaran.
• Noriani : Selamat Tinggal Kashgar‏ 2011-11-07
Yaksi musses ye Rahmat Kashgar! Maknanya Helo dan Terima kasih Kashgar. Setelah tiga hari berada di Kota yang penuh bersejarah dan lambang kemegahan tamaddun Islam melalui laluan suteranya, tiba masanya kami meneruskan perjalanan ke Yinchuan, destinasi kedua bagi pengembara program Kembara Muslim China 2011.
• Kurniawati: Kashgar Syurga Membeli Belah 2011-11-07
Jika berkunjung ke luar negara, selain menikmati persekitaran tempat, budaya dan masyarakat yang dilawati, menjadi aktiviti wajib membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air. Jika di bandar Kashgar, ia bukan menjadi satu kesukaran mencari barangan tempatan untuk dibawa pulang sebagai hadiah buat keluarga dan teman-teman kerana terdapat barzar yang menjualnya.
• Mohd Fuad Mansor: Blues Aidiladha di Kashgar 2011-11-07
Selamat Aidiladha, hari suci mulia, semoga berbahagia, hidup aman sentosa... lalala
Itu petikan lagu nyanyian penyanyi tersohor Malaysia, seniman D.J Dave. Menjelang kedatangan Hari Raya Aidiladha, suasana sibuk di segenap pelusuk tanah air yang jauh di sana turut terasa di bandar Kashgar, Wilayah Xinjiang ini yang majoriti penduduknya ialah masyarakat Uygur beragama Islam.
• Abdul Ghani Abu: Mencari Puteri Kashgar 2011-11-05
Hari ini lawatan diteruskan mengikut jadual. Tempat pertama dilawati ialah Makam Purba Apak Hoja, yang terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Kashgar. Perjalanan menuju makam dipenuhi kawasan perumahan penduduk Kashgar. Suasana dingin pagi menyambut kedatangan kami ke kawasan makam yang sungguh indah, nyaman dihiasai pokok-pokok dan tenang daripada hiruk pikuk kota Kashgar.
• Mohd Fuad Mansor: Kalaulah ada di Malaysia 2011-11-05
Kalau di Malaysia, perusahaan menempa barangan logam dan tembaga secara persendirian sudah sangat sukar ditemui. Bahkan skil pertukangan tradisi milik bangsa Cina ini semakin dipinggirkan generasi mudanya. Berbanding di bandar Kashgar, terdapat deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan logam buatan masyarakat Islam Uygur yang pasti membuka mata pengunjung.
• Abdul Ghani Abu: Membongkar Rahsia Kashgar 2011-11-04
Setelah menikmati hidangan pagi, penulis sempat menyelak akhbar China Daily di lobi. Antara isu yang menarik perhatian penulis ialah pengukuhan hubungan China dengan Vienna dan isu China dalam G20. Semuanya memberikan perspektif positif kepada penulis bahawa China akan meneruskan legasi kuasa ekonomi dunia dan kuasa perlindungan politik kepada negara-negara kecil. Faktor ini juga bakal melonjakkan sektor pelancongan di China, apabila China terus dikenali diseluruh dunia.
• Noriani: Moh Kita Bantu Ekonomi Kashgar 2011-11-04
Hari ketiga di Kashgar, memang hari istimewa dan dinantikan oleh para wartawan Malaysia dan indonesia. Apa tidaknya. rakyat di kedua-dua negara ini memang suka membeli-belah. Jadi mereka tidak sabar-sabar lagi. Program yang diatur hari ini ke Bazaar Kashgar. Mengikut pemandu pelancong kami, Qateriyaguli, bazaar ini mempunyai 9000 kedai menjual pelbagai aneka ragam jenis barangan.
• Noriani: Masa seolah terhenti di Kashgar 2011-11-04
Berada di Kashgar, memberikan perasaan yang begitu tenang yang akan terpahat dalam ingatan sepanjang hayat. Persekitarannya dan suasananya membawa kita ke masa dan tempat seolah-olah terperangkap dalam kapsul masa ratusan tahun sebelum ini. Walaupun Kashgar turut mengalami kepesatan pembangunan namun masih ada tempat yang kekal utuh dengan ciri sejarahnya sendiri.
• Kurniawati: Melawat ke Jalan Kraf dan Masjid Eidgah 2011-11-04
Tidur yang lena malam tadi memberi sedikit kesegaran pada badan saya yang keletihan akibat perjalanan jauh semalam. Saya terjaga pukul 7.15 pagi waktu Beijing dan kelihatan di luar suasana masih gelap. Menurut Puspa, waktu cerah di sini sekitar pukul 9 pagi waktu Beijing kerana waktu di sini lebih lewat sekitar dua jam dari Beijing.
• Noriani: Hari Pertama di Kashgar 2011-11-03
Kali pertama menjejaki kaki ke Kota Kashgar, rasa seperti berada di Turki atau di Kazakhtan dan mungkin juga seperti di negara Arab. Apa tidaknya, terpesona dengan keindahan kota yang bagi saya penuh misteri, di tengah-tengah gurun, ada kota yang membangun pesat. Tulisan jawi merata-rata. Wanitanya begitu cantik dan bergaya walaupun bertudung. Tapi saya gelihati juga melihat gelagat wartawan dari Malaysia yang agak terkejut semasa melalui pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang di Terminal 3 Beijing dan di Urumqi. Seolah-olah terkena kejutan budaya.
• Abdul Ghani Abu: Menjejak Laluan Sutera Hati Melonjak Gembira 2011-11-03
Seawal pukul 4.00 pagi penulis bangun dari tidur untuk memastikan tepat pukul 5.15 pagi sudah berada di lobi Hotel Radio Antarabangsa China (CRI) bagi memulakan perjalanan ke Kota Kashgar, Wilayah Autonomi Xinjiang, China, dalam kerangkan Kembara Muslim di China 2011, 1 hingga 11 November 2011. Perjalanan ke terminal tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Peking mengambil masa hampir satu jam. Suasana dingin pagi sungguh menyamankan...
• Kurniawati: Melawat Kota Kashgar 2011-11-03
Hari kedua di China, kami akan memulakan Kembara dengan melawat Kota Kashgar, Wiayah Autonomi Uygur Xinjiang. Saya cukup teruja dengan pengambaraan ini kerana dari pembacaan melalui internet, etnik utama di Xinjiang ialah Ugyur. Ia memberi kelainan daripada provinsi-provinsi China lain yang kebanyakannya terdiri daripada masyarkat Hui dan Han.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China