Cari:
Noriani: Adat Dijunjung, Agama Menyatukan
2011-11-08 09:38:11 CRI Cetak

Hari ini mendapat keluarga angkat di LitongShu, Pekan baharu Shangqiao dalam Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Hubungan Silaturahim dirapatkan melalui ukhwah dengan Hj Ma Hanim dan isteri Qiang Yuxia yang telah sudi menjemput saya dan para wartawan Kembara Muslim di China menyambut Aidil Adha di rumahnya. Ternyata Hj Ma Hanim ini bukan sebarangan orang. Rumah pula melambangkan kedudukannya dalam masyarakat.

Ketika kami tiba, kaum wanita memang sibuk memasak juadah yang lazim dihidangkan dalam sambutan Hari Raya. Kueh Sanzi, youxiang, Guoxi dan Youquan sudahpun tersedia hidang untuk menyambut kedatangan kami yang luarbiasa ramainya.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, kawasan ini dulu agak miskin tetapi kini semakin pesat membangun. Kuih itu mengingatkan mereka pada zaman susah suatu ketika dulu. Selain daripada juadah lazim, kami juga dihidangkan dengan nasi pulut, buah-buahan segar dan sup ikan serta mi sup.

Di luar perkarangan rumah, kaum lelaki sedang sibuk melapah lembu yang dikorbankan oleh Hj Ma. Dikatakan lembu itu berharga RMB8,800 seekor.

Seperti adat masyarakat Hui Islam di sini, majlis tahlil turut diadakan sempena hari raya ini. Ia diketuai oleh Ketua Imam Masjid Kecil Wuzhong, Qiang Zuoxin. Hairan juga kerana melihat colok dipasang dan diletakkan atas meja. tapi menurut Hj ma, pembakaran colok bukan untuk pemujaan seperti lazimnya diamalkan oleh masyarakat cina sebaliknya ia merupakan sebahagian adat. Cara berzanji juga agak berlainan. Sebenarnya, Adat dan agama bukanlah dua isu yang berbeza, bahkan keduanya adalah satu.

Ketika bersama-sama dengan keluarga Hj Ma, terasa kemesraan melewati batasan bangsa. Perasaan ukhawah disatukan atas nama seagama. Semasa meninggalkan rumah terasa sayu sekali kerana agak mustahil untuk kami berjumpa lagi. Didoakan Hj Ma dan keluarga dirahmati dan diberkati ALLAH SWT.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China