Sejak malam tadi saya memikirkan bagaimanakah suasana hari raya aidiladha yang akan dilalui bersama temab-teman kembara Muslim China 2011 di Ningxia. Adakah suasanaya semeriah di Malaysia? kerana ia merupakan pengalaman pertama saya berhari raya i perantauan jauh dari keluarga.
Pepatah melayu ada menyebut "Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum" dan saya cuba mengaplikasikan pepatah iu dengan suasana raya dengan masyarakat di sini untuk bersama-sama masyarakat etnik Hui merayakannya.
Saya cuba mengambil mood raya dengan mengenakan baju kurung yang dibawa dari Malaysia khusus sambutan hari raya di sini. Bagi membangkitkan semangat raya, saya sepanjang perjalanan ke Wuzhong, saya membacakan takbir raya yang khusus memuji kebesaran Allah bersama rakan Mohd Ghani. Sayu kedengan suara Ghani melagukannya sepanjang perjalanan kami yang mengambil masa dua jam perjalanan.
Menjejakkan kai ke masjid kecil Wunan yang terletak di pekan kecil Shang Qiao kira-kira pukul 9.30 pagi, kelihatan penduduk Islam setempat terdiri dari kaum lelaki telah mula datang bagi membuat persiapan menunaika solat aidiladha.
Walaupun tiada alunan takbir mseperti yang biasa kedengaran di masjid-masjid di Malaysia ketika hari raya, namun suasananya tetap meriah.
Hanya berpakaian harian biasa bersama kopian (topi putih) di kepala, mereka berkumpul di masjid yang mampu memuatkan hampir setibu jemaah itu.
Namun sesuatu yang unik, waaupun beraga Islam, mereka tetap tidak melupakan budaya adan adat masyarakat cina , di mana mereka membakar colok atau setangi yang kemudiannya dibawa masuk oleh imam dan ahli masjid ke dalam masjid untuk memulakan menunaikan ibadah soolat sunat aidiladha.
Menurut editor majalah siswa, abdul Ghani Abu, solat Aidiladha yang ditunaikan juga terdapat kelainan sedikit dengan yang diamalkan di Malaysia, mungkin disebabkan mazhab yang berbeza di mana di sini mengamalkan sunni.
Selain itu kerinduan kepada kampung halaman dan keluarga sedikit terubat apabila berpeluang meraikan hari raya bersama keluarga Haji Ma Hanlin yang merupakan penduduk di kawasan ini.
Melihat sambutan keluarga tersebut terhadap rombongan kami yang menyediakan pelbagai juadah makanan enak termasuk sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung gandung dan mintak bijan serta telur yang dikenali sebagai Youxiang yang mempunyai sejarahnya tersendiri buat keluarga mereka.
Walaupun tidak sama dengan menu wajib di Malaysia seperti rendang, letupat mahupun lemang, namun ia satu peluang dan pengalaman yang tidak ternilai harganya apabila dapat bersama keluarga ini.
Paling mengejutkan apabila saya dan beberapa rakan menerima wang sebanyak 50 yuan dari tuan rumah selepas majlis bacaan doa di rumahnya.
benarlah kata oranng jauh perjalanan luas pengalaman dan penglaman ini akan saya bawa pulang ke Malaysia dan akan terus diingati sampai bila-bila....
(Kurniawati Kamarudin, BERNAMA)