Cari:
Noriani : Selamat Tinggal Kashgar‏
2011-11-07 12:12:52 CRI Cetak

Yaksi musses ye Rahmat Kashgar!

Maknanya Helo dan Terima kasih Kashgar. Setelah tiga hari berada di Kota yang penuh bersejarah dan lambang kemegahan tamaddun Islam melalui laluan suteranya, tiba masanya kami meneruskan perjalanan ke Yinchuan, destinasi kedua bagi pengembara program Kembara Muslim China 2011.


Bersama-sama kanak-kanak etnik Uygur yang comel

Dari awal menjejaki bumi Kashgar hingga ke hari terakhir, kemesraan masyarakat di sini memang tidak dapat dinafikan. Melekat dijiwa.

Hari terakhir ini, kami menjejak kisah cinta Maharaja Qianlong dengan mamuraizimhinim, gadis Uygur yang berjaya menambat hati seorang Maharaja dalam abad ke 17.

Yang mempesonakan Maharaja adalah kerana bau badannya yang wangi sehingga Maharaja mengelarnya Xiang Fei atau Permaisuri Wangi. Xiang Fei menjadi gundik raja yang paling disayangi daripada 41 gundik yang dimiliki Maharaja. Berkahwin pada usia 27 tahun, Xiang Fei yang bergama islam tinggal di istana di Beijing selama 28 tahun. Beliau meninggal dunia pada uia 55 tahun. Kecantikan Xiang Fei, cinta Maharaja dan kerinduan kepada kampung halaman di kashgar menjadi satu lagenda yang menyedihkan. Selepas kematian Xiang Fei, bau wangi dikatakan masih keluar daripada badan Xiang Fei. Jenazah Xiang Fei dibawa pulang ke kampung halaman di Kashgar oleh 124 orang dan mengambil masa tiga tahun setengah. Jenazah disemadi di makam yang dikenali Makam Abakhhoja, kira-kira lima kilometer daripada Bandaraya Kashgar.


Makam Apak Hoja

Makam ini kekal utuh dengan ciri senibina Kashgar walaupun diperbuat daripada tanah liat. Corak batu yang menghiasi dinding dari pintu gerbang hinggalah ke Makam semuanya hasil tangan masyarakat Uygur. Makam Abakhhoja sudah menjangkau 371 tahun. Senibina dengan 772 corak bunga masih kelihatan. Di makan ini terletak makam 72 orang ahli keluarga Xiangfei dari lima generasi dengan Xiang fei generasi terakhir. Berdekatan dengan makam ini terletak sebuah kawasan perkuburan yang berusia 500 tahun. Uniknya budaya Uygur yang merupakan pengikut sunni, isteri bia meninggal tidak disemadikan di tanah perkuburan suaminya sebaliknya dikebumikan di kampung halaman mereka sendiri.

Dari makam ke Pasar Ternakan Kambing. Menjelang Aidil Adha maka bertambah sibuklah persiapan untuk mencari haiwan untuk mengerjakan ibadah korban. Bagi masyarakat Uygur, kambing meruoakan bintang ternakan yang lazim dikorbankan. Kesempatan kami meninjau di Guza untuk melihat sendiri transaksi penjualan kambing. Memang besar sekali kambing biri-biri itu. Harganya antara RMB 2 ribu hingga RMB 4 ribu mengikut saiz. Uniknya budaya Uygur, daging korban akan di agihkan sendiri, Hanya kulit kambing akan diserahkan kepada masjid untuk diagihkan kepada golongan marhaein.


Gambar di pasar Guza. Begitu rancak transaksi jualan kambing untuk dikorbankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China