Cari:
Noriani: Masa seolah terhenti di Kashgar
2011-11-04 10:36:42 CRI Cetak

Berada di Kashgar, memberikan perasaan yang begitu tenang yang akan terpahat dalam ingatan sepanjang hayat. Persekitarannya dan suasananya membawa kita ke masa dan tempat seolah-olah terperangkap dalam kapsul masa ratusan tahun sebelum ini. Walaupun Kashgar turut mengalami kepesatan pembangunan namun masih ada tempat yang kekal utuh dengan ciri sejarahnya sendiri. Destinasi pertama pada hari kedua bersama dengan para wartawan yang mengikuti program Kembara Muslim China 2011 membawa kami meninjau ke Jalan kraftangan. Suasananya tidak ubah seperti zaman dahulukala. Teringat babak dalam filem P. Ramlee, dalam cerita 3 Abdul. Begitulah suasana deretan kedai di jalan kraftangan ini. Barangan kraf yang banyak terjual merupakan barangan daripada tembaga, permaidani, pisau kecil yangisar, alat muzik, emas dan pelbagai. Daripada roti nan hinggalah ke kueh mueh untuk menyambut hari raya Aidil Adha. . Menurut pemandu pelancong kami, kini tidak ramai penduduk yang mengusahakan kraftangan tradisional seperti itu. Terdetik di hati apakah suatu hari nanti warisan ini akan mati ditelan zaman?

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China