Kali pertama menjejaki kaki ke Kota Kashgar, rasa seperti berada di Turki atau di Kazakhtan dan mungkin juga seperti di negara Arab. Apa tidaknya, terpesona dengan keindahan kota yang bagi saya penuh misteri, di tengah-tengah gurun, ada kota yang membangun pesat. Tulisan jawi merata-rata. Wanitanya begitu cantik dan bergaya walaupun bertudung.
Tapi saya gelihati juga melihat gelagat wartawan dari Malaysia yang agak terkejut semasa melalui pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang di Terminal 3 Beijing dan di Urumqi. Seolah-olah terkena kejutan budaya. Mereka langsung tidak menyangka begitu ketat sekali pemeriksaan sehingga terpaksa membuka kasut dan diperiksa berkali-kali. Mengalahkan pemeriksaan di Amerika Syarikat.
Tapi hari ini penat sangat kerana perjalanan dari jam pukul 5.30 pagi hingga 6.30 pagi baru tiba di Kashgar, tapi bila dah kena roti "Nang" dan satay kambing Kashgar, hilang rasa penat ditambah dengan alunan muzik ala-ala Arab, begitu mengasyikkan. Semua wartawan baik dari Malaysia atau Indonesia berebut-rebut bergambar dengan ahli muzik yang pernah membuat persembahan hingga ke Indonesia. Hebatnya.
Esok perjalanan menjelajah Kashgar bermula. Malam ini, kami diulit mimpi indah. Semalam di Kashgar, penuh misteriā¦