Cari:
Abdul Ghani Abu: 20 Yuan Harga Potong Rambut
2011-11-09 13:53:04 CRI Cetak

Beijing – Dalam perjalanan menuju pejabat Persatuan Islam China, penulis bertanya kepada Satria, dari CRI, berapakah harga memotong rambut di Beijing? Jawabnya 20 Yuan. Biasanya pengguna membayar terus pakej 100 Yuan dan diberikan kad untuk datang lagi memotong rambut, diberikan potongan sehingga boleh memotong lapan kali dengan kadar tersebut. Bagi wanita pula, ada yang membayar pendahuluan 1000 Yuan. Penulis bertanya soalan sedemikian kerana teringat filem-filem klasik China yang memaparkan lelaki berambut pintal panjang hingga mencecah pinggul! Penulis terus mendapatkan kepastian tentang jumlah dinasti yang memerintah dan menyatukan China. Satria menjelaskan ada lapan dinasti, iaitu Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Song, Dinasti Yuan, Dinasti Ming, dan Dinasti Qing. Antara rambut dan dinasti manakah hubung kaitnya? Sekadar menaakul sejarah panjang dan kegemilangan tamadun besar China. Dalam perjalanan sejarah tamadun ini juga, Islam bertapak di China dan terus berkembang sehingga hari ini.


Penulis dan kucing Yinhuan di lapangan terbang

Awal pagi penulis sudah berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke Lapangan Antarabangsa Yinchuan. Destinasi seterusnya ialah pulang ke Beijing selepas enam hari berkelana di wilayah Xinjiang dan Ningxia. Paling terharu, pagi tadi kami berlepas melalui pintu orang kenamaan! Terima kasih kepada Encik Guo Changjiang, Ketua Biro Berita CRI di Ningxia, dan Encik Li Chunlei, Timbalan Ketua Bahagian Hubungan Luar Jabatan Penerangan Wilayah Autonomi Etnik Hui atas layanan mesra dan istimewa yang diberikan sepanjang berada di Yinchuan.


Di hadapan restoran Muslim di Beijing

Penerbangan dari Yinchuan ke Beijing mengambil masa kira-kira dua jam. Penulis menyaksikan kawasan gurun sepanjang perjalanan. Jus oren dan sepeket kacang menjadi hidangan atas udara. Cukuplah mengisi masa dengan mengunyah, langsung penulis terlelap beberapa ketika. Pukul 12.30 tengah hari pesawat Air China mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Kemudian, kami terus dibawa makan di Restoran Muslim Xinjiang di daerah Barat Beijing. Seperti biasa makanan Muslim di China sungguh enak dan sedap!


Keenakan makanan di restoran Msulim hingga licin pinggan

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China