Cari:
Abdul Ghani Abu: 20 Yuan Harga Potong Rambut
2011-11-09 13:53:04 CRI Cetak


Syahdu mendengar laungan azan di Masjid Niujie

Usai di PIC, penulis dan rombongan melawat Masjid Niujie yang berusia 1010 tahun. Masjid ini merupakan masjid tertua dan terbesar di Beijing. Masjid ini dibina pada 996 Masihi. Pembinaan masjid ini disokong oleh Ulama Nasuruddin. Pada 1474 Maharaja China menamakan masjid ini sebagai Libaisi. Masjid seluas 10 000 meter persegi ini dibina berdasarkan reka bentuk Arab dan seni bina istana China. Pada 13 Januari 1988 masjid ini digazetkan sebagai mercu tanda utama kebudayaan warisan negara China.


Imam Masjid Niujie

Penulis rasa syahdu apabila mendengar laungan suara azan Maghrib. Alhamdulillah penulis sempat menunaikan solat jamak taqdim di masjid tertua ini. Hening rasa di jiwa, hiba rasa di hati melihat sinar Islam berkembang utuh melewati perkembangan zaman. Selepas solat, penulis ke pasar raya halal yang terletak tidak jauh dari masjid. Di sini penduduk Muslim Beijing di sekitarnya boleh mendapat pelbagai barangan keperluan harian yang halal.


Sayur-sayuran halal dijual di pasar raya


Makanan halal dijual di pasar raya

Demikian perspektif baharu penulis sinar Islam di China. Dari Xinjiang ke Yinchuan ke Beijing, Islam merentas China dengan penyatuan keimanan kepada Allah SWT. Esok, Kembara Muslim akan meninjau kehidupan keluarga Muslim di Beijing.

Bersambung...

(Abdul Ghani Abu, editor Dewan Siswa DBP)


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China