Cari:
Kurniawati: Kashgar Syurga Membeli Belah
2011-11-07 11:37:22 CRI Cetak


Kedai gula-gula di barzar besar Kashgar, Xinjiang

Jika berkunjung ke luar negara, selain menikmati persekitaran tempat, budaya dan masyarakat yang dilawati, menjadi aktiviti wajib membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air. Jika di bandar Kashgar, ia bukan menjadi satu kesukaran mencari barangan tempatan untuk dibawa pulang sebagai hadiah buat keluarga dan teman-teman kerana terdapat barzar yang menjualnya.

Peluang membeli belah di barzar besar Kashgar yang mempunyai lebih kurang 9,000 buah kedai menjual pelbagai barangan dari makanan, rempah ratus, barangan keperluan rumah, pakaian dan kasut serta tudung merupakan satu pengalaman menarik yang mencabar kesabaran terutama melawan nafsu dari membeli barangan yang berkenan di mata.

Kesibukan barzar yang sesak dengan masyarakat Uygur yang keluar membeli belah disaat-saat akhir bagi membuat persiapan menyambut kedatangan Aidil Adha pada Isnin dirasakan cukup meriah.

Pengalaman berada bersama ribuan masyarakat Uygur di bazar itu tidak mungkin saya lupakan, kerana saya tidak terasa seperti berada di dalam negara China, sebaliknya terasa berada di negara Ubekistan dan negara yang hampir dengannya kerana keunikan wajah serta bahasa yang digunakan.

Tempoh satu jam setengah yang diberikan untuk membeli belah rasanya tidak cukup kerana saiz kawasan yang besar selain terpaksa mengambil masa yang agak lama kerana masalah bahasa.

Kebanyakan peniaga yang terdiri daripada masyarakat Uygur tidak faham berbahasa Inggeris, menyebabkan masa yang agak lama diambil bagi menawrkan harga yang ditetapkan. Namun ia menjadi satu pengalaman yang cukup menarik apabila kebanyakan peniaga memberi layanan yang baik apabila saya memperkenalkan diri sebagai dari Malaysia dan seorang muslim, kerana mereka amat menghormati saudara seagama.

Saya sempat membeli tiga pasang kasut serta beberapa helai pashmina untuk diri sendiri dan sebagai hadiah kepada rakan-rakan di Malaysia sebagai tanda kenangan.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China