Cari:
Mohd Fuad Mansor: Kalaulah ada di Malaysia
2011-11-05 14:45:59 CRI Cetak


Kedai menjual barangan dapur berasaskan tembaga di Jalan Kraf Tangan, Kashgar

Kalau di Malaysia, perusahaan menempa barangan logam dan tembaga secara persendirian sudah sangat sukar ditemui. Bahkan skil pertukangan tradisi milik bangsa Cina ini semakin dipinggirkan generasi mudanya.

Berbanding di bandar Kashgar, terdapat deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan logam buatan masyarakat Islam Uygur yang pasti membuka mata pengunjung. Kedai-kedai di Jalan Kraf Tangan yang berdekatan dengan Masjid Eidgad menjual produk yang dihasilkan sendiri di kedai tersebut. Barangan kegunaan rumah seperti cerek, bekas menyimpan air, besen, dulang dan sebagainya dibuat dengan teliti. Selain teruja untuk membeli hasil kerja tangan yang sangat teguh nilai seninya ini, pengalaman dapat melihat sendiri proses pembuatannya membuatkan pengunjung pasti lebih menghargai barang yang dibeli. 


Peniaga ini setia menunggu pelanggan


Pemuda Uygur ini tekun membuat barangan logam di kedainya

(Mohd Fuad Mansor, wartawan Kumpulan Karangkraf)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China