Cari:
Kurniawati: Melawat ke Jalan Kraf dan Masjid Eidgah
2011-11-04 08:54:18 CRI Cetak

Tidur yang lena malam tadi memberi sedikit kesegaran pada badan saya yang keletihan akibat perjalanan jauh semalam. Saya terjaga pukul 7.15 pagi waktu Beijing dan kelihatan di luar suasana masih gelap. Menurut Puspa, waktu cerah di sini sekitar pukul 9 pagi waktu Beijing kerana waktu di sini lebih lewat sekitar dua jam dari Beijing.

Setelah mempersiapkan diri, saya bersama kakak Noraini teman sebilik, terus menuju ke tingkat 4 untuk menikmati sarapan pagi. Makanan yang disediakan lebih kepada sayur-sayuran selain terdapat nasi goreng dan mee goreng. Saya cuba menikmati makanan tersebut sebagai bekalan untuk perjalanan pengembaraan hari ini.


di kedai topi, jalan kraftangan Kashgar, Xinjiang


Tawar-menawar dengan taoke

Selesai sarapan pagi, pukul 10.30 waktu Beijing , kami memulakan pengembaraan kami ke jalan kraf (kraf Street) yang terletak tidak jauh dari hotel. Sepanjang 600 meter di jalan tersebut, dipenuhi dengan kedai-kedai menjual kraftangan selain terdapat juga gerai yang menjual roti dan daging kambing yang menjadi makanan utama di sini.

Apa yang saya perhatikan, keadaan kedai di sini sangat uzur dan tidak begitu menarik terutama untuk pelancong yang ingin datang ke sini. Bagi mengekalkan keaslian bentuk kedai tersebut, harus dibaik pulih agar pelancong selesa untuk masuk ke kedai tersebut dan melihat satu pemandangan aktiviti jual beli yang menark di sini. Saya juga sempat membeli cermin hiasan yang dijual dengan 12 yuan satu (setelah melalui proses tawar menawar) untuk diberi kepada rakan pejabat apabila pulang nanti.


di Jalan Kraftangan

Saya juga sempat melihat proses membuat roti naan di sebuah gerai membuat roti tersebut di hujung jalan kraf itu. Sempat bertegur sapa dengan penduduk warga emas di sana yang kelihatan agak pelik melihat rombongan kami yang membawa sama kamera dan video kamera. Apabila diberi salam , mereka bertambah terkejut dan saya memaklumkan, kami dari Malaysia dan musllim. Ketika itu barulah wajah mereka kelihatan ceria seolah-olah gembira menerima kedatangan saudara seagaman ke kawasan mereka.


Kedai hiasan di Jalan Kraftangan

Saya dan beberapa rakan rombongan lain meneruskan perjalanan di kawasan tersebut dan kelihatan terdapat penjual menjual kekacang, kismis dan buah-buahan tempatan yang dikeringkan. Saya sempat mencuba sejenis kacang yang tidak terdapat di Malaysia. Rasanya agak kelat. Saya juga perhatikan terdapat juga peniaga emas, perak dan timah, kerana di kawasan Kashgar ini terdapat aktiviti perlombongan hasil bumi tersebut.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China