Cari:
Noriani: Air mata di Kashgar....Erti sebuah pengorbanan
2011-11-07 12:30:09 CRI Cetak

Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia dan Indonesia menyambut Hari RayaAidil Adha. Bagi masyarakat Islam di China, sambutannya pada 7 November.. AidilAdha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas dalam bulan Zulhijjah setiap tahun. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. AidilAdha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan AidilAdha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Bila berada diperantauan seperti ini, jauh daripada keluarga, barulah kita terasa kesunyian dan kesyahduan menyambutnya seorang diri. Namun lara dihati terubat sedikit apabila ada lima sahabat wartawan dari Malaysia bersama menyambutnya di Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Malam ini, kami bercadang memulakan sambutan Aidil Adha dengan Takbir. Kalau di Kelantan, Malaysia, Hari raya Korban ini memang disambut meriah. Lebih meriah daripada Aidil Fitri. Difahamkan suasana di Kashgar dan Ningxia tidak kurang meriahnya. Di sinilah kami akan merasai pengalaman baru bersama umat Islam di Yinchuan menyambutnya. Yinchuan merupakan bandaraya pelbagai kaum termasuk Han, Hui, Manchu, Mongolia dan Chaoxian. Etnik Hui merupakan 30 peratus daripada keseluruhan penduduk disini yang beragama islam.

Untuk menghiburkan hati, saya cuba putarkan lagu raya yang dimuat turun dari laman web. Bercucuran lagi air mata sedih.

Tersentuh saya bila mendengar cerita Kurniawati dari Bernama. Ini kali pertama berjauhan daripada suami dan dua puterinya. Tentu ada perasaan bersalah lebih-lebih lagi mendengar suaminya sendiri memasak Nasi Beriani Ayam. Sabarlah Kurniawati, saya lagi sedih. Inilah pengorbanan kita demi tugas.

Airmata kami berdua bercucuran dari Lapangan Terbang Kashgar kerana peristiwa yang sengaja menguji kesabaran. Lagi sekali keadaan menuntut kesabaran dan pengorbanan serta kemaafan.

Itulah sifat umat islam yang begitu pemurah dan ikhlas dengan kemaafan lebih-lebih lagi di hari dan bulan baik ini.

Terkenang juga sahabat baik, Nelawati di Beijing. Tidak lupa juga Farah dan Ibrahim. Apa juadah dipagi raya nanti? Tapi itukan hari bersekolah dan hari bekerja. Takpelah. Itu juga suatu pengorbanan. 

SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China