Cari:
Kurniawati: Melawat Kota Kashgar
2011-11-03 08:36:35 CRI Cetak


Menikmati makanan dan muzik tradisional Xinjiang di restoran Orda Polou, Kashgar

Hari kedua di China, kami akan memulakan Kembara dengan melawat Kota Kashgar, Wiayah Autonomi Uygur Xinjiang. Saya cukup teruja dengan pengambaraan ini kerana dari pembacaan melalui internet, etnik utama di Xinjiang ialah Ugyur. Ia memberi kelainan daripada provinsi-provinsi China lain yang kebanyakannya terdiri daripada masyarkat Hui dan Han.

Perjalanan kami bermula seawal pukul 5.40 pagi, di mana kami bertolak ke Lapangan terbang. Setelah melalui pemeriksaan rapi kami menaiki penerbangan ke Xinjiang dengan menaiki pesawat China Air. Perjalanan selama empat jam ke Lapangan terbang Diwoboa, sangat mengujakan.

Permandangan dari udara dengan melihat bukit-bukit batu yang berwarna coklat merupakan satu pemandangan yang asing bagi saya yang biasanya melihat bukit-bukit hijau yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan. Sampai di lapangan terbang Diwoboa, kumpulan kembara terpaksa mengambil satu lagi penerbangan untuk terus ke Kashgar. Masalah teknikal yang menyebabkan kelewatan penerbangan sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk mengetahui lebih lanjut komuniti Islam di Kashgar.

Sesuatu yang menarik, apabila kapal terbang yang dinaiki dipenuhi oleh masyarat Kashgar.Memang nampak perbezaan pada wajah mereka yang seakan-akan campuran dari sebelah negara Rusia seperti Uzbekistan, Kirkiz.

Perjalanan selama 1 jam 40 minit akhirnya membawa kami ke Kashgar. Sangat mengujakan apabila wajah-wajah terutama masyarakat Uygur memenuhi kawasan lapangan terbang. Kami dibawa ke hotel dan seorang pemandu pelancong wanita dari jabatan pelancongan di sini memberi sedikit penerangan tentang Kashgar yang terkenal sebagai kota tarian dan nyanyian, serta cukup dikenali dengan buah-buahan segar di China.

Kami sempat merehatkan badan seketika sebelum dibawa ke sebuah restoran yang cukup terkenal, Orda Polou bagi menikmati makanan masyarakat Xinjiang. Sesuatu pengalaman yang sangat menarik, apabila kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap terutama dari kambing. kebab kambing yang seperti sate, begitu juga dengan dimsumnya yang sangat manis yang diisi dengan labu manis.

Kami juga turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu trdaisional oleh tiga pemuzik di dalam restoran tersebut. Selesai makan, kami kembali ke hotel untuk berehat dan esok pastinya akan menjanjikan pengalaman yang lebih menarik buat kami, ahli rombongan Kembara Muslim di China.

(Kurniawati Kamarudin, BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China