Cari:
Noriani: Moh Kita Bantu Ekonomi Kashgar
2011-11-04 10:52:26 CRI Cetak

Hari ketiga di Kashgar, memang hari istimewa dan dinantikan oleh para wartawan Malaysia dan indonesia. Apa tidaknya. rakyat di kedua-dua negara ini memang suka membeli-belah. Jadi mereka tidak sabar-sabar lagi. Program yang diatur hari ini ke Bazaar Kashgar. Mengikut pemandu pelancong kami, Qateriyaguli, bazaar ini mempunyai 9000 kedai menjual pelbagai aneka ragam jenis barangan. Kashgar yang terletak di tengah-tengah Eurasia menjadi pintu masuk kepada 8 negara di rantau ini. Pastinya itu memperkayakan Bazaar Besar Kashgar ini dengan hasil ternakan dan produk dari pelusuk Asia Tengah dan Asia Barat.. Saujana mata memandanglah, dan jenuh kaki berjalan.

Bazaar yang bakal kami lawati ini mempunyai sejarah selama 2 ribu tahun. Menurut 'Buku Han-Rekod Rantau Barat" yang ditulis 114 sebelum Masehi, Kashgar ketika itu dikenali sebagai kerajaan Shule, sudah terkenal dengan pasar besar.

Apapun, hari terakhir di Kashgar ini akan digunakan oleh 11 wartawan yang sedang mengikuti program 'Kembara Muslim China 2011' untuk merangsang sedikit ekonomi tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China