Cari:
Kurniawati: Al-Quran Sebesar Ibu Jari Tarikan ke Pusat Kebudayaan Masyarakat Etnik Hui
2011-11-08 10:16:44 CRI Cetak

 
Al-Quran sebesar ibu jari

Al-Quran sebesar ibu jari? Mungkin ada yang sukar mempercayainya dan ada yang ragu-ragu dan mempersoalkan tidak mungkin ada yang boleh menghasilkan Al-Quran sekecil itu.

Namun ia itulah tarikan yang boleh dilihat kerana Al-Quran terkecil di dunia itu ada dipamerkan di muzium, Taman Kebudayaan Islam etnik Hui yang terletak tidak jauh dari bandar Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui, Ningxia.


Al-Quran sebesar ibu jari

Dipamerkan di dalam kotak kaca, ia hanya lah seberat 3.9 miligram, panjang 23 sentimeter dan setebal 11 sentimeter.

Selain itu turut menarik perhatian, sebuah Al-Quran yang bernilai 180yuan yang dihasilkan pada zaman akhir dinasti Yuan dan awal dinasti Ming yang cukup indah dengan corak-corak yang berwarna-warni.

Mempamerkan tentang masyarakat Islam etnik Hui, pameran itu mendekatkan pelawat dengan informasi tentang Islam terutama penyebarannya di China. Yinchuan yang merupakan salah satu laluan sutera menjadi tumpuan pedagang dari timur tengah untuk berdagang dan seterusnya menyebarkan agama Islam kepada penduduk setempat.

Keadaan ini jugalah yang membawa kewujudan masyarakat Hui iaitu hasil dari kahwin campur antara pedagang Arab dengan masyarakat di sini.

Saya tertarik dengan replika Laksamana Cheng Ho yang dipamerkan di Muzium itu. Berdiri gagahnya seorang laksamana di dalam muzium itu, bagai mengimbau kenangan menyusuri sejarah kegemilanganngan yag tercatat dalam buku sejarah yang dipelajari di zaman persekolahan.

Seoranng pelayar terkenal di nusantara dan mencatat nama dalam sejarah zaman kegemilangan kesultanan melayu di Melaka, Cheng Ho seorang menggunakan kebijaksanaanya menjalin hubungan baik China dengan negara-negara di sekitar nusantara.


Dewan Emas

Setelah puas menyusuri sejarah etnik Hui, saya terkasima dengan keindahan dewan emas yang pada awalnya saya menyangkakan ianya berupa sebuah masjid. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut saya adalah "wow........indahnya".

Berwarna emas, senibina bangunan tersebut banyak mengambil senibina dari timur tengah. Dibina pada tahun 2003 san dibuka pada 2008 kepada orang ramai, ia menjadi pusat peneragan tentang Islam kepada masyarakat cina di sini untuk mengetahui dan mendalami Islam.

Selain itu saya juga turut berpeluang menikmati keindahan masjid yang mempunyai senibina cina sepenuhnya yang merupakan salah satu masjid yang dibina di zaman kerajaan Ming iaitu Masjid Najiahu. dibina pada 1524 ia merupakan masjid yang ke lima terbesar di cina.

sesungguhnya kedingina di Yinchua berikutan hujan sejak semalam, tidak mematahkan semangat saya untuk terus meneroka dan menjejakki Islam di sini yang cukup indah.

(Kurniawati kamarudin, BERNAMA)

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China