Cari:
Pelancongan Kashgar Jana Pendapatan RMB1.15 Bilion Tahun 2011
2011-11-06 14:33:58 CRI Cetak

Hasil pendapatan daripada sektor pelancongan di Kashgar, Wilayah Autonomi Xinjiang diyakini dapat mencatat RMB1.15 bilion untuk tahun ini. Perolehan itu dijangka mengatasi pendapatan tahun lalu yang sebanyak RMB900 juta. Menurut Pengarah Biro Pelancongan Kashgar, Jia Wei Dong, dari Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, seramai 2.34 juta pelancong telah melawat bandar itu. Tahun lalu, bandar itu berjaya menarik kedatangan 2.35 juta pelancong domestik dan luar negara. Ini termasuk Amerika dan Eropah.

Kebanyakkan pelancong daripada golongan mewah amat berminat untuk mendekati Bandar Kashgar yang merupakan antara bandar utama dalam laluan sutera. Itu dijadikan modal untuk tarikan pelancong. Disamping itu, Kashgar juga kaya dengan budaya dan warisan yang bersejarah. Ia terletak di kawasan strategik yang menghubungi 8 negara Eurasia. Kashgar juga terpilih sebagai antara bandar yang paling terkenal di China oleh pelayar internet dari seluruh dalam undianatas talian, yang dianjurkan oleh Radio Antarabangsa China, CRI.

Beliau memberikan butiran itu dalam majlis jamuan makan malam untuk meraikan para wartawan yang menyertai Program Kembara Muslim China 2011 di Kota Kashgar. Menurutnya, usaha sedang dibuat untuk menambah laluan penerbangan terus termasuk dari Dubai ke Kashgar yang akan mengambil masa 3 jam. Selain itu, usaha mempromosikan Kashgar sebagai destinasi pelancong turut mendapat bantuan dari Bandar Shenzhen. Menurut Jia Weidong, Shenzhen yang sudah bertapak dalam peta pelancongan dunia akan membantu mengembangkan lagi sektor pelancongan Kashgar.

Program Kembara Muslim China 2011 di Kashgar berakhir semalam, para peserta bertolak ke Yinchuan, Wilayah Autonomi Ningxia bagi meneruskan program selama 3 hari di sana.

Delegasi wartawan seramai 6 orang dari Malaysia dan5 lagi dari Indonesia akan meneruskan kembara ke

ibukota Wilayah Autonomi Ningxia, Yinchuan setelah berada di Kashgar selama 3 hari. Menurut wartawan Agensi Berita Nasional Malaysia, Kurniawati

Kamaruddin, program seumpama ini telah memberi perspektif baharu terhadap keadaan sebenar masyarakat islam Uygur yang sebelum ini hanya diperolehi daripada laporan dari negara Barat. Menurutnya, Kashgar mempunyai potensi yang besar dalam sektor pelancongan. namun tarikannya masih belum diterokai sepenuhnya.

Bagi editor Dewan Siswa, Abdul Ghani Abu, lawatan ke Kashgar dapat mendalami lagi tempat bersejarah dan kehidupan masyarakat yang majoritinya Islam. beliau juga kagum kerana dapat mengimbau laluan sutera yang sebelum ini hanya diketahui melalui bacaan.

Wartawan dari Kumpulan Karanfkraf, Fuad Mansor pula menyifatkan lawatan ini sebagai pendedahan baharu kepadanya. Menurutnya , beliau dapat mengenali tempat-tempat bersejarah

dan menyaksikan sendiri perkembangan pembangunan Islam di Kashgar ini. Amalan agama Islam dilihat dilaksanakan dengan bebas walaupun di bawah pemerintahan komunis.

Program ini turut disertai wartawan dari Radio Television Malaysia, RTM. Fairuzridzuan Baharuddin dan Muhawim Ahmad sebagai Jurukamera. Laporan mengenai program ini disiarkan setiap hari dalam Berita TV dan Radio. Selain itu, penerbitan dokumentari Kembara Muslim China 2011 akan juga disiarkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China