China Jamin Kebebasan Beragama 11-09 09:33 Kerancakan pertumbuhan ekonomi dan kegiatan perdagangan di Bahagian Timur, China telah memperluaskan penyebaran Islam dari bahagian barat ke kawasan pertumbuhan baru. Kini bilangan umat Islam di Bahagian Timur termasuk di Shenzhen telah meningkat pesat. |
Malaysia-Ningxia Tembusi Pasaran Halal di China 11-08 09:34 Pelaburan Malaysia dalam industri makanan halal di China diperluaskan lagi dengan pembukaan ladang ternakan kambing biri-biri seluas 323.75 hektar di daerah Yanchi, Ningxia. Konsep ladang secara 'feedlot' itu dengan 15 ribu ekor kambing itu bakal dijadikan projek contoh oleh kerajaan China. Projek itu merupakan usahasama antara syarikat Malaysia dengan syarikat Pelaburan Pertanian Komprehensif Ningxia. |
Wartawan Malaysia dan Indonesia Menyambut Aidil Adha di Ningxia, China 11-07 10:04 11 wakil media dari Malaysia dan Indonesia yang mengikuti Program Kembara Muslim China 2011 anjuran CRI kini berada di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia untuk bersama-sama merayakan sambutan AidilAdha dengan masyarakat setempat. |
Ningxia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Produk Halal Di China 11-07 10:00 Wilayah Autonomi Ningxia sedang memperkukuhkan kedudukannya sebagai Pusat Pengeluaran Produk Halal di China dan luar Negara. Menurut Pengarah Pusat Pensijilan Makanan Halal Antarabangsa China-Ningxia, Wang Shengjin, Wilayah ini juga sedang berusaha untuk mempromosikan jenama halalnya dalam peta makanan halal dunia. |
Sambutan Har Raya AidilAdha di China Sederhana Tetapi Meriah 11-07 09:54 Hari ini kesemua 30 juta umat Islam di seluruh China menyambut Hari Raya AdilAdha. Disebalik keadaan ekonomi dunia yang suram, sambutannya di China tetap meriah walaupun sederhana. Di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia pula, seramai 2.25 jutaumat Islam turut meraikan hari yang penuh bermakna ini. |
Pelancongan Kashgar Jana Pendapatan RMB1.15 Bilion Tahun 2011 11-06 14:33 Hasil pendapatan daripada sektor pelancongan di Kashgar, Wilayah Autonomi Xinjiang diyakini dapat mencatat RMB1.15 bilion untuk tahun ini. Perolehan itu dijangka mengatasi pendapatan tahun lalu yang sebanyak RMB900 juta. Menurut Pengarah Biro Pelancongan Kashgar, Jia Wei Dong, dari Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, seramai 2.34 juta pelancong telah melawat bandar itu. |
Kashgar siap sedia Sambut Hari Raya Qurban 11-04 09:40 Hari Raya Adiladha bakal disambut pada 7 November ini oleh masyarakat islam di China, Bagi Malaysia dan Indonesia, sambutannya sehari awal. Namun persiapan untuk menyambut Hari Raya Qurban yang bakal tiba, semakin rancak di seluruh China. Ini termasuk di Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, yang mempunyai bilangan umat Islam paling ramai di China. |
Pelancongan Kashgar 11-03 10:29 Usaha meletakkan Kota Kashgar dalam peta pelancongan dunia sedang diperhebatkan. Menurut Naib Ketua Pengarah Biro Pelancongan Kashgar, Abdullah Eni, antara usaha yang sedang dilakukan termasuk merancang untuk mengadakan penerbangan terus dari Beijing ke Kashgar dan Shenzhen ke Bandar tersebut. |
Program Kembara Muslim di China Dimulakan 11-03 10:28 Program kembara Muslim di China anjuran Radio Antarabangsa China, yang disertai 11 wartawan dari Malaysia dan Indonesia bermula dengan lawatan ke Kota Kashgar , Wilayah Autonomi Uygur hari ini. Selain Kota Kashgar, mereka akan turut menjelajah Yinchuan, ibukota Wilayah Autonomi Hui Ningxia. |
Rombongan Kembara Muslim dari Malaysia 11-01 13:32 Sebuah rombongan media yang terdiri daripada enam ahli dari Malaysia, termasuk RTM, Bernama, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Karangkraf, melawat pejabat Bahagian Bahasa Melayu CRI pada 1 November 2011. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |