Cari:
Pelancongan Kashgar
2011-11-03 10:29:30 CRI Cetak


Naib Ketua Pengarah Biro Pelancongan Kashgar, Abdullah Eni (kanan)

Usaha meletakkan Kota Kashgar dalam peta pelancongan dunia sedang diperhebatkan. Menurut Naib Ketua Pengarah Biro Pelancongan Kashgar, Abdullah Eni, antara usaha yang sedang dilakukan termasuk merancang untuk mengadakan penerbangan terus dari Beijing ke Kashgar dan Shenzhen ke Bandar tersebut. Ketika ini laluan penerbangan adalah dari Shanghai ke Kashgar yang mengambil masa kira-kira 6 jam.

Menurut Abdullah, Kashgar mempunyai banyak potensi untuk diperluaskan terutama dalam sektor pelancongan. Kashgar terletak di sempadan Pakistan, Krygystan, Afghanistan, Kazakhstan dan Turkmenistan. Beliau memberitahu demikian kepada wartawan Malaysia pada jamuan makan malam meraikan wartawan sempena program kembara muslim china 2011 di Kashgar. 11 wartawan dari Malaysia dan Indonesia terpilih untuk menyertai Program 10 hari ini. Para wartawan berkenaan akan melawat dua buah kota iaitu Kashgar dan Yinchuan yang mempunyai bilangan umat Islam paling ramai di China, di Wilayah Autonomi Xinjiang.

Menurutnya, selain promosi yang agresif di papan iklan di kebanyakkan lapangan terbang di China, pihaknya juga sedang merancang untuk memperkenalkan Kashgar kepada pelancong Malaysia. Antara cadangan, termasuk mengadakan promosi bersama dengan sektor berkenaan di Malaysia menerusi saling memperkenalkan destinasi kedua-dua pihak. Di samping itu, laluan penerbangan dari Shenzhen ke Kashgar diharap dapat diadakan bagi memudahkan pelancong Malaysia melawat bandaraya itu. Ketika ini, syarikat penerbangan murah Air Asia sudahpun mempunyai laluan dari kuala Lumpur ke Shenzhen. Menurutnya, Kashgar mempunyai keunikan sebagai pusat pelancongan kerana mempunyai 47 daripada 55 ethnik minoriti dari seluruh China. Tegasnya, pelancong yang tidak melawat Kashgar ibarat tidak datang ke Xinjiang kerana kekayaan tamaddun Xinjiang dapat dilihat di kota ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China