Cari:
Malaysia-Ningxia Tembusi Pasaran Halal di China
2011-11-08 09:34:16 CRI Cetak

Pelaburan Malaysia dalam industri makanan halal di China diperluaskan lagi dengan pembukaan ladang ternakan kambing biri-biri seluas 323.75 hektar di daerah Yanchi, Ningxia.

Konsep ladang secara 'feedlot' itu dengan 15 ribu ekor kambing itu bakal dijadikan projek contoh oleh kerajaan China.

Projek itu merupakan usahasama antara syarikat Malaysia dengan syarikat Pelaburan Pertanian Komprehensif Ningxia.

Menurut Pengurus Besar Syarikat Ningxia-Fahim, Dr. Lim Yor Hang, pihaknya sedang berusaha untuk menambah kawasan seluas 324 hektar lagi untuk tanaman jagung dan alfalfa sebagai makanan ternakan berasaskan isirong berkenaan.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di Ningxia, Dr. Lim berkata, kedudukan Ningxia sebagai hab industri makanan halal China dapat memperkukuhkan pelaburan Malaysia dalam sektor tersebut.

Syarikat usahasama itu baru beroperasi di Ningxia sejak 20 April tahun ini. Pihaknya juga sedang merancang untuk membangunkan kawasan penyembelihan terbesar di Ningxia bertaraf antarabangsa yang mampu menyembelih sejuta ekor kambing setahun. Ia melibatkan pelaburan sebanyak RMB 120 juta.

Syarikat Ningxia-Fahim yang mempunyai 49 peratus kepentingan Malaysia itu turut melabur dalam industri pengeluaran makanan halal berasaskan daging lembu dan kambing untuk pasaran domestik dan eksport di kawasan Pingluo. Ia bakal menjana hasil sebanyak RMB 6 juta. Dr. Lim menambah, pihaknya juga sudah memeterai perjanjian dengan Pasaraya 'Metro' untuk membekal makanan halal berjenama Fahim mulai akhir tahun ini. Metro mempunyai 50 cawangan di seluruh China.

Dr. Lim berkata, Fahim merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Dewina yang mengeluarkan produk makanan berjenama Brahim. Dewina meraikan sambutan ulang tahun ke-25 baru-baru ini. Menurutnya, pihaknya juga bercadang mengeluarkan produk makanan halal berjenama Brahim yang menepati cita rasa masyarakat tempatan bagi menembusi pasaran China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China