Cari:
Wartawan Malaysia dan Indonesia Menyambut Aidil Adha di Ningxia, China
2011-11-07 10:04:38 CRI Cetak


Masjid Najiahu, Ningxia

11 wakil media dari Malaysia dan Indonesia yang mengikuti Program Kembara Muslim China 2011 anjuran CRI kini berada di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia untuk bersama-sama merayakan sambutan AidilAdha dengan masyarakat setempat.

Ini merupakan kali pertama mereka berhari raya di luar negara . Mereka yang ditemui walaupun berasa sedih kerana berjauhan daripada kaum keluarga namun menganggap peluang itu sebagai satu pengalaman yang besar ertinya.

Seperti umat Islam yang lain di China, sejak awal pagi lagi mereka bersama-sama dengan masyarakat tempatan di Bandar Wuzhong menunaikan solat sunat AidilAdha di Masjid di bandar tersebut. Mereka juga berpeluang menyaksikan ibadah korban yang dijalankan oleh masyarakat keturunan etnik Hui ini. Lazimnya selepas solat sunat AidilAdha , kaum etnik Hui akan ke kawasan perkuburan berdekatan masjid untuk menghadiahkan ayat-ayat suci kepada sanak saudara yang telah meninggal dunia. Upacara korban diadakan selepas itu.

Wartawan dari Pertubuhan Berita Nasional Bernama Malaysia, Kurniawati Kamaruddin berasa teruja kerana dapat bersama-sama merayakan sambutan Hari raya Korban. Peluang itu juga digunakan untuk mengenali masyarakat Islam dari etnik Hui yang jauh bezanya daripada masyarakat Uygur di Kashgar, Xinjiang. Suasana di sini juga berbeza dengan Kashgar dan wajah penduduk sini juga tidak tumpah seperti Kaum Han, tidak seperti di Kashgar yang wajahnya mempunyai keunikannya sendiri.

Editor Majalah Dewan Siswa, Abdul Ghani Abu pula berkata, peluang melawat Muzium Kebudayaan Etnik Hui memberi satu pendedahan yang lebih jelas tentang masyarakat Hui di sini, perkembangan agama Islam yang meluas dan cara hidup masyarakat Hui yang harmoni dan saling bekerjasama dengan etnik lain di Ningxia. Beliau juga memuji masakan di sini yang pelbagai dan tidak mungkin dapat di Malaysia.

Wakil media dari kumpulan Karangkraf, Fuad Mansor pula akan membawa pengalman berhari raya di sini sebagai salah satu pengalaman paling berharga dan bermakna. Menurutnya, tanggapan sebelum ini daripada laporan yang disogok oleh media Barat ternyata jauh meleset.

Turut serta dalam rombongan media ini dua wartawan TV dari Radio Televisyen Malaysia. Menurut Fairuzridzuan, liputan dan dokumentari yang bakal disiarkan itu akan memaparkan keadaan sebenar mengenai masyarakat islam di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China