Hari ini kami meninggalkan kawasan selatan China untuk ke kota bersejarah Xi'an. Walaupun ini bukan kali pertama saya ke Xi'an, bahkan kali ketiga menjejakkan kaki ke kota kuno ini, keterujaannya sukar sekali dibendung.
Tiba di lapangan terbang Xianyang, Xi'an
Pemandangan yang dilihat selama satu jam perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar Xi'an, serta keadaan di bandar Xi'an sendiri tidak begitu banyak berubah berbanding kali terakhir saya sampai ke sini. Namun, kali ini rasanya lebih ramai pelawat di bandar ini memandangkan cuaca sekarang amat sesuai untuk berjalan-jalan.